Oleh Mahanum Abdul Aziz
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Najmuddin Abdullah sebagai Ketua Pegawai Komunikasi Strategik Kumpulan. Dalam satu kenyataan, syarikat perladangan itu berkata, Najmuddin menyertai FGV dari MRT Corporation Sdn Bhd, yang mana beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Komunikasi Strategik & Pengurusan Pihak Berkepentingan.

Sebelum berkhidmat di MRT Corp, beliau adalah Naib Presiden & Ketua Komunikasi Strategik di Malaysia Airlines.

Sebelum itu, beliau memegang beberapa jawatan utama seperti Ketua Pegawai Eksekutif Kontena Nasional Global Logistik Sdn Bhd, Naib Presiden Komunikasi Korporat di Celcom Axiata Bhd dan juga Pengarang Urusan dan Ketua Berita di ntv7.

Najmuddin memperoleh Ijazah Sarjana Sastera Ekonomi dan Ijazah Sarjana Muda Sastera Ekonomi dari University of Toledo, Ohio, Amerika Syarikat (AS) dan Diploma Pentadbiran Awam dari Universiti Teknologi MARA.

“Bagi pihak pengurusan, saya mengalu-alukan kehadiran Datuk Najmuddin Abdullah menyertai kumpulan FGV.

“Pengalaman luas beliau akan terus memperkukuhkan kedudukan syarikat untuk maju ke depan demi mencapai kejayaan berterusan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan.

Sumber : https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2020/03/661598/najmuddin-dilantik-ketua-pegawai-komunikasi-strategik-fgv

Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Web Traffic: 1138455 | CoalaWeb
Go to top