Oleh : Presiden EXSAS

Alhamdulillah hari ini SEMSAS dan EXSAS telah melancarkan program perintis Anakku Sayang SEMSAS EXSAS.

Program perintis ini menemukan 5 pelajar SEMSAS kepada 5 keluarga angkat EXSAS. Pelajar yang terpilih ini adalah dari golongan yang pendapatan keluarga tidak melayakkan mereka menerima bantuan BKP, masih B40 tetapi tidak melayakkan mereka menerima mana2 bantuan disebabkan definasi kelayakkan bantuan2 tertentu kerajaan. Ia juga sebahagian dari memenuhi keinginan EXSAS memberi semula ( giving back ). 

Keluarga angkat akan menaja yuran, duit poket serta apa bantuan lain yang difikirkan perlu bagi membantu anak2 angkat mereka ini serta meringankan bebanan keluarga / penjaga mereka sepanjang mereka bersekolah di SEMSAS. 

Keluarga angkat tidak semestinya individu seperti kekanda 77 kelas 5 Sains 1 menjadi keluarga angkat EXSAS untuk adik Rabi'atul Adawiyah 1 Aktif.

Terimakasih kepada semua keluarga angkat EXSAS. Usaha murni anda ini hanya Allah yang mampu membalas. 

Hidup Berjasa

Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Web Traffic: 1048586 | CoalaWeb
Go to top