Notis Kerja-kerja Penambahbaikan Laman Web EXSAS

Laman Web EXSAS sedang dalam proses akhir penambaikan. Pendaftaran Keahlian ditutup buat sementara waktu dan akan dibuka semula dalam masa yang terdekat. Sila hubungi 019 2991600 jika ada pertanyaan atau keperluan.

Sebak pilih sendiri baju raya

NORAWAZNI YUSOF - Sinar Harian (13 Julai 2015)



Mohd Fuad (dua, kiri) membantu Rasdan Mohd Nor, 16, mengenakan butang baju Melayu pada program berkenaan.

KUANTAN – Remaja berusia 14  tahun sebak apabila berpeluang memilih baju raya di gedung pakaian terbesar Jakel, di sini, bersempena program beli baju raya dan iftar untuk pelajar terpilih Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (Semsas), semalam.

Ketika mendekati, Farid Amirul, pelajar tingkatan dua itu berkata, air matanya bukan tanda sedih sebaliknya terharu kerana itu kali pertama dia menerima sumbangan baju raya.

Katanya, biasanya kelengkapan hari raya dibeli ibu, namun kali ini dia bertuah kerana dapat memilih sendiri pakaian raya apabila mendapat sumbangan daripada bekas pelajar sekolah berkenaan.

“Saya syukur sangat sebab dapat pilih sendiri apa yang saya nak... dah tentu saya pilih warna yang saya suka... Pemberian ni, kurang sikit beban ibu nak buat persiapan raya," katanya.

Selain Farid, seramai 76 pelajar menerima sepasang baju kurung dan tudung manakala pelajar lelaki menerima sepasang baju Melayu berserta samping.

Ameer Farhan Anuar, 15, berkata, pada tahun ini kegembiraan lebih berganda apabila dia bersama rakan-rakan dapat memilih sendiri baju raya.

“Saya seronok sebab terpilih terima sumbangan ni dan syukur sebab ia kurangkan beban keluarga nak buat persiapan.

“Sekurang-kurangnya baju raya saya, ibu tak perlu beli lagi. Itu dah cukup bagi saya,” katanya yang jelas  tergambar kegembiraan apabila dapat memilih baju Melayu kegemaran.

Sementara itu, presiden Alumni Exsas, Mohd Fuad Kamal Ariffin berkata program ini memberi peluang kepada pelajar yang datang dari keluarga kurang berkemampuan dan anak yatim piatu untuk merasai kegembiraan menyambut lebaran seperti insan lain.

“Bukan semua yang terpilih, kita hanya memilih pelajar yang miskin iaitu pendapatan isi rumah keluarga pelajar di bawah RM700,” katanya.

Katanya, melihat keceriaan pelajar ini ketika memilih pakaian hari raya mereka membuatkan beliau sungguh terharu dan gembira.

“Saya seronok melihat gelagat mereka kerana diberi peluang memilih pakaian mengikut warna kegemaran masing-masing.

"Harapan saya sumbangan ini dapat memberi kegembiraan seperti kanak-kanak lain,” katanya.

Mohd Fuad memberitahu, selain baju raya, kesemua pelajar turut menerima duit raya yang akan disampaikan pada majlis berbuka puasa, petang semalam.

“Kita turut meraikan mereka dengan juadah berbuka puasa di SM Garden bagi menggembirakan hati pelajar selain menerima duit raya.

“Hanya ini saya kami sebagai bekas pelajar Semsas mampu lakukan untuk melihat mereka gembira pada hari lebaran yang akan menjelang tidak lama lagi,” katanya.

Jelasnya, sejumlah RM20,000 berjaya dikumpulkan hasil daripada sumbangan ahli Exsas seramai 1,500.

“Saya mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh ahli dan berhasrat untuk menganjurkan program sama pada masa akan datang,” katanya.

 

 

Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Web Traffic: Hari Ini 329 | Total 1762700 | Powered by CoalaWeb
Go to top