Notis Kerja-kerja Penambahbaikan Laman Web EXSAS

Laman Web EXSAS sedang dalam proses akhir penambaikan. Pendaftaran Keahlian ditutup buat sementara waktu dan akan dibuka semula dalam masa yang terdekat. Sila hubungi 019 2991600 jika ada pertanyaan atau keperluan.

 

Pasukan Rumah Apollo - Juara Edisi 2014

Lagi FOTO DISINI.

Pusingan ke 4 yang juga merupakan pusingan terakhir bagi tahun 2014 telah berjaya dilangsungkan pada hari Sabtu,  4 April 2015 yang lalu bertempat di Staffield Golf & Country Club, Semenyih, Selangor.

Seramai 44 orang pemain telah mengambil bahagian dimana mereka mewakili rumah sukan masing-masing iaitu pasukan Apollo 13 orang, Soyuz 11 orang, Skylab 11 orang dan Cosmos 9 orang.

Selepas berlangsung 3 pusingan terdahulu, pasukan Apollo, Soyuz dan Skylab berpeluang untuk menjadi juara keseluruhan bagi tahun 2014, namun selepas tamat pusingan terakhir ini, pasukan Apollo telah berjaya dinobatkan sebagai juara keseluruhan 2014 selepas berjaya menjadi johan pada pusingan ke 4, diikuti dengan pasukan Skylab, Soyuz dan juga Cosmos.

Dalam ucapan penutup oleh Presiden Exsas, Saudara Mohd Fuad telah melahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah hadir dan mengambil bahagian dan seterusnya menjayakan pertandingan pada kali ini terutama kepada penyumbang dan warga EXSAS yg berada dari luar Kuala Lumpur seperti Perak, Pahang dan juga Johor.

Aktiviti yang diadakan ini dapat mengeratkn lagi silaturrahim di kalangan warga EXSAS selain daripada aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh AJK EXSAS. Beliau turut memaklumkan bahawa Homecoming 2015 dan Mesyuarat Agong Kali ke 16 akan diadakan di Semsas pada 18 April 2015 dan semua dijemput untuk hadir.

Pada kesempatan itu juga beliau turut memaklumkan bahawa kerja-kerja pembinaan Surau Semsas sedang berjalankan dan masih memerlukan dana. Serentak dengan itu, beliau turut melancarkan tabung kutipan dana Surau Semsas dan berjaya mengumpul wang sumbangan berjumlah RM2,338 untuk disumbangkan ke Tabung Surau Semsas.

Mejar Wan Saidin (87)
Pengerusi JK Penganjur

Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Web Traffic: Hari Ini 365 | Total 1762736 | Powered by CoalaWeb
Go to top