Notis Kerja-kerja Penambahbaikan Laman Web EXSAS

Laman Web EXSAS sedang dalam proses akhir penambaikan. Pendaftaran Keahlian ditutup buat sementara waktu dan akan dibuka semula dalam masa yang terdekat. Sila hubungi 019 2991600 jika ada pertanyaan atau keperluan.

  Kuantan, 9 Mac 2015 - Projek pembesaran Surau Ar Rashidin, SEMSAS dijangka akan bermula pada minggu ini berikutan penyerahan Surat Pelantikan atau 'Letter of Award' oleh Semsas kepada Syarikat Tahap Engineering Sdn Bhd selaku kontraktor utama pembinaan.

Tahap Engineering Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang berpengkalan di Kuantan dan dimiliki oleh salah seorang bekas pelajar Semsas tahun SPM 1990 iaitu Saudara Mohd Nazri Jusoh (M0574).

Foto : Yusri

Projek PIBG Semsas ini telah diuruskan oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada AJK PIBG dan juga warga EXSAS, dijangka siap pada bulan Julai 2015 melibatkan kos sebanyak RM461 ribu di mana jumlah ini tidak termasuk kerja-kerja elektrikal, pendingin hawa dan juga sistem bunyi.

Selain daripada itu, arkitek yang bertanggungjawab bagi projek ini ialah sdr Tn Haji Wan Ahmad Kamal (79), Jurutera Awam dan Struktur Sdr Tn Haji Zailan Sudin (80), Jurutera Mekanikal Yg Bhg Dato’ Ir Muhammad Imran (78) dan Perunding Kontrak dan Ukur Bahan Sdr Rizudin (88).

Jawatankuasa pembesaran surau ini dipengerusikan oleh Sdr Ahmad Kamal Mohd Yasin dan Sdr Yusri Ali (80) sebagai Timbalan Pengerusi. Manakala Pengurus Projek adalah Sdr Mohd Hisham Aznan (79) dan dibantu oleh Sdr Wan Mohd Roslan (88) selaku Pembantu Pengurus Projek serta Mohd Nizam Mahayuddin (84) sebagai Bendahari. Diantara AJK PIBG yang juga adalah warga EXSAS adalah Sdr Mohd Khairi (81), Sdr Zailan (80) dan Sdr Syed Ali Maher (83)

Untuk makluman, jumlah kutipan tabung pembinaan surau sehingga kini mencecah RM288 ribu di mana ianya masih jauh dari sasaran. Diharapkan agar dengan bermulanya projek ini, jumlah kutipan tabung akan terus bertambah dan akan dapat menampung kos keseluruhan projek.

Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Web Traffic: Hari Ini 361 | Total 1762732 | Powered by CoalaWeb
Go to top