Notis Kerja-kerja Penambahbaikan Laman Web EXSAS

Laman Web EXSAS sedang dalam proses akhir penambaikan. Pendaftaran Keahlian ditutup buat sementara waktu dan akan dibuka semula dalam masa yang terdekat. Sila hubungi 019 2991600 jika ada pertanyaan atau keperluan.

Oleh : Safarin Foto : Hamizah

EXSAS Eagles mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu Kumpulan A Liga Alumni Divisyen 1 selepas memperolehi kemenangan kedua dalam perlawanan sengit bertemu SDAR Lions di padang UNITEN, Kajang pada 20 Jun 2010.

Eagles menurunkan Mizi, Boboi01 dan Ai di posisi front row. Gandingan dua beradik Taha09 dan Muaz di posisi lock. Shah dan Kpt.Yuzzul02 di posisi flanker dan Black sebagai No.8.

Chin03 mengetuai bahagian back dengan mengisi posisi fullback. Posisi scrumhalf diisi oleh Safaruddin02, Apak (flyhalf), Pok Jak02 dan Relung sebagai centre dan posisi wing diisi oleh Jama01 dan Omar05.

Keghairahan Lions untuk menebus kehampaan dalam Piala Kebangsaan nampak jelas dengan serangan bertali arus dari bahagian forward dalam separuh masa pertama. Namun, Eagles lebih dahulu mendahului dengan try melalui larian kemas Jama01 disusuli sepakan conversion. Lions membalas serangan dan berjaya menyamakan kedudukan 7-7.

Jama sekali lagi mengelirukan pertahanan Lions untuk try kedua. Relung gagal menyempurnakan sepakan conversion. Eagles mendahului 12-7. Penghujung separuh masa pertama Lions bangkit untuk menyamakan kedudukan dengan satu try. Tamat separuh masa kedudukan terikat 12-12.

Eagles membuat beberapa pertukaran di awal separuh masa kedua dengan memasukkan Bapak03 mengantikan Mizi, Sopeh95 (Boboi), Wak02 (Yuzzul) dan Nuzzul (Taha). Maidin04 mengambil tugas Safarudin, Amar02 (Apak) dan Sabil menggantikan adiknya, Relung di posisi centre.

Lions lebih awal menyerang dan berjaya melakukan try dan menyempurnakan conversion untuk mendahului 19-12. Bapak berjaya merapatkan jurang dengan try untuk mengejar Lions 17-19, namun conversion Sabil sedikit tersasar.

Eagles memasukkan Wali02 menggantikan Omar dan Pak Din05 menggantikan Muaz.

Eagles terus melebarkan penguasaan dengan try dari Sopeh. Bapak melakukan sepakan conversion untuk mendahului 24-19. Wak menghukum kesilapan forward Lions untuk try ke 5. Sepakan conversion Amar tersasar untuk kedudukan 29-19. Pemain muda, Farhan09 masuk menggantikan Pok Jak.

Di penghujung babak kedua, Lions berjaya juga melepasi pertahanan Eagles dengan menambah 7 lagi mata hasil try dan conversion.

Tamat perlawanan Eagles berjaya meraih 3 mata penuh dengan kemenangan 29-26.

Satu lagi perlawanan Divisyen 1 Kumpulan A menyaksikan SMS Old Boys menundukkan STJOB di Padang Utara dengan skor 32-19.

Berikut adalah kedudukan pasukan untuk Minggu Kedua.

 

Liga Alumni Divisyen 1 Kumpulan A
No
Team
Pld
W
D
L
PF
PA
PD
Point
1
EXSAS Eagles
2
2
0
0
84
33
51
6
2
SMS Old Boys
1
1
0
0
32
19
13
3
3
STJOB Warriors
2
0
0
2
26
87
-61
2
4
SDAR Lions
1
0
0
1
26
29
-3
1


Eagles akan berehat dalam 2 minggu sebelum bertarung dalam perlawanan ketiga liga bertemu SMS Old Boys yang di jadualkan akan berlangsung pada 10 Julai 2010. Tahniah kepada semua pemain dan penyokong yang hadir.

Akaun Kebajikan EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824

Akaun Bank EXSAS

Nama : Persatuan Bekas Pelajar Semsas

Bank : Maybank Berhad, Kelana Jaya

No Akaun : 5623 5750 2760

Jumlah Pelawat

Web Traffic: Hari Ini 325 | Total 1762696 | Powered by CoalaWeb
Go to top