You are here: Home Pengenalan AKSHAH 2011

Exsas - Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS Pahang

Pengenalan AKSHAH 2011

E-mail Print PDF

Majlis Santapan Malam dan Pengurnian Anugerah Kecemerlangan Sultan Haji Ahmad Shah (AKSHAH) akan diadakan sebagaimana berikut :

Tarikh : 22 Oktober 2011 (Sabtu)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Sultan Ahmad Shah International Convention Centre, The Zenith Hotel, Kuantan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah, berkenan mencemar duli telah bersetuju untuk menjadi Penaung Diraja dan seterusnya berangkat ke majlis tersebut berdasarkan surat balasan dari DYMM Tuanku bertarikh 2 Ogos 2011 (sila rujuk DISINI).

Majlis ini adalah sebagai acara dwi-tahunan yang mengumpulkan semua bekas pelajar dalam satu majlis makan malam disamping meraikan Hari keputeraan DYMM Sultan Pahang yang ke 81. Ia memberi pengiktirafan kepada pelajar cemerlang Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS) dan memberikan penghargaan kepada ahli EXSAS yang telah mencapai tahap kecemerlangan tertinggi di dalam bidang masing-masing .

Pendaftaran Online 

Harga Tiket 

Comments (0)
Last Updated ( Tuesday, 20 September 2011 12:04 )  

Log In

exsas help desk