|












best view by


y
yahoogroups untuk
semua
bekas pelajar
semsas
 |
|
EXSAS @ NEWS
SUAMI SEHA MENINGGAL
Oleh Nor Akmar Samudin
- Harian Metro - 2 Mei 2007
Menghembuskan
nafas terakhir pagi semalam akibat barah paru-paru
SELANG enam bulan Nor Seha Abu Bakar atau Seha kembali ke
rahmahtullah akibat barah, semalam suaminya, Azmi Thambi Chik, 50,
pula meninggal dunia kerana menghidap barah paru-paru. Azmi
menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Universiti (HU) pada jam
11 pagi. Abang Seha, Ahmad Nordin Abu Bakar, berkata pada mulanya
adik iparnya itu disahkan menghidap penyakit buah pinggang dan satu
daripadanya (buah pinggang) sudah pun dibuang.
“Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, Azmi berasa tidak sedap badan
lalu membuat pemeriksaan di UH dan dia disahkan menghidap kanser
paru-paru tahap keempat, sama seperti Seha dulu.
“Sejak itu, Allahyarham sering keluar masuk hospital untuk
mendapatkan rawatan. Apabila keadaannya semakin kritikal, dia
kemudian dimasukkan semula ke UH tiga hari lalu sehinggalah
meninggal dunia, semalam.
“Jenazah Allahyarham dibawa ke rumah isteri pertamanya di
Setiawangsa dan akan dikebumikan selepas Asar,” katanya ketika
dihubungi, semalam ketika dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang,
untuk menziarahi jenazah adik iparnya itu.
Katanya, sejak kematian Seha, anak perempuannya, Karissa Iris, 10,
tinggal bersama adik Seha, Mohd Norbi Abu Bakar di Taman Kesuma,
Ampang, Kuala Lumpur.
Azmi dan Seha berkahwin tiga tahun lalu. Ia adalah perkahwinan kedua
Seha selepas bercerai dengan Chris Lund Abdullah pada 1998.
Perkahwinannya dengan Chris dikurniakan dua anak, Mirsha Kyrie, 15,
dan Karissa, 10. Seha meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL)
pada 14 Oktober lalu. Penyanyi yang popular dengan lagu Mulanya Di
Sini, menghidap barah sejak lima atau enam tahun lalu sebelum
kematiannya tetapi waktu itu hanya di bahagian kakinya.
Ketika Seha sedang menghadapi hari-hari terakhirnya, dia ditemani
Azmi. Allahyarhamlah yang banyak memberikan kata semangat dan
peransang untuk sihat walaupun ketika itu sedang bertarung dengan
penyakit yang dihidapinya. Ketika hayatnya, Azmi menyifatkan Seha
seorang yang tabah dan tidak pernah mengeluh atau merintih. Azmi
juga pernah membawa Seha menghadiri sesi kaunseling bersama ustaz
sebelum menjalani rawatan kimoterapi.
Apabila keadaannya semakin lemah dan kimoterapi itu tidak memberi
kesan kepada penyakitnya itu, doktor membiarkan mereka berdua dalam
bilik rawatan. Waktu itu doktor juga tidak dapat buat apa-apa lagi.
Azmi setia menemani Seha sehinggalah bekas penyanyi kumpulan Freedom
itu menghembuskan nafas terakhirnya sambil membisikkan kalimah
syahahat ke telinga Seha.
Kini Azmi pula pergi menyahut panggilan Ilahi. Pasti pada penghujung
hayatnya, Azmi terkenangkan arwah isterinya itu, namun Allah Maha
Berkuasa kerana Seha pergi dulu daripadanya.
Semoga kedua-dua insan itu diletakkan di kalangan mereka yang
beriman dan beramal soleh.
|
|