| |||||||||
|
| ||||||||
|
best view by
y yahoogroups untuk semua bekas pelajar semsas
|
EXSAS @ NEWS KAK SEHA - TERKINI Oleh : news@exsas.com.my
KUALA
LUMPUR, 27 September 2006 :
Sebagaimana yang telah diatur oleh Presiden, satu pertemuan dengan Kak Seha telah diadakan di kediaman beliau pada hari ini jam 3.30 petang. Turut bersama di dalam pertemuan tersebut ialah Sdr Rahasdin dari batch 82. Mengikut perancangan awal, Cikgu Ghafar sepatutnya bersama kami, namun beliau tidak dapat hadir disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan. Setibanya di pintu kediaman beliau, kami telah disambut dengan senyuman manis dan wajah comel Karissa yang petah berkata-kata.
Kak Seha yang baru sebentar tadi pulang dari menjalani rawatan di Hospital muncul dengan senyuman menyapa dan kami terus berbual. Daripada cerita dizaman Semsas hinggalah cerita bagaimana beliau mula dimaklumkan tentang kesihatan beliau sekarang. Tatkala berbual Kak Seha sempat menjawab panggilan telefon dari mereka yang perihatin dengan keadaan beliau sekarang.
Dari riak wajah dan pertuturan Kak Seha,
terdetik dihati saya menyatakan bahawa wanita yang berada dihadapan
saya ini adalah seorang wanita yang kuat semangat, tabah dan
mempunyai
"Ini berkat doa anda semua, terima kasih" ujar Kak Seha
Menurut Kak Seha, beliau pasrah dengan keadaan beliau sekarang dan akan terus menjalani rawatan sebagaimana yang telah ditentukan. Beliau juga akan cuba melawan dengan membangkitkan kekuatan mental dan keyakinan diri sendiri. Selepas menjalani beberapa rawatan kimo dan radioterapi, beliau merasakan lebih sihat.
Sebelum kami menamatkan kunjungan,
beliau ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan Exsas yang
telah mengunjungi beliau tempohari dan segala usaha yang
|
||||||||
|
|||||||||