Main menu

  Profile

  Membership

  Activity

  Foto/Video Gallery

  Business Directory

  Exsas@news

  Exsas Personality

  Forum

  SEMSAS

  Exsas Eagles

  Contact Us

 


  

  

best view by

 

 

 

 

 

 

EXSAS @ NEWS

 

WARGA EXSAS MANGSA  KEBAKARAN

 

click to enlarge

 

 

 

 

 

Kebakaran yg berpunca dari rumah sebelah merebak ke rumah yang didiami Wan Ali dan tuan rumah yang tinggal bersendirian.

 

 

Admin telah menerima panggilan telefon daripada Bulat dan email daripada Azlina Othman

- 17 Februari 2008, 11.14pm

 

Assalamualaikum..
Hari ini saya berkesempatan menziarah seorang rakan kita yang ditimpa bencana apabila rumah yang didiami lebih 10 tahun hangus dijilat api jam 2 pagi tadi.  Mohd Rozali b. Mahmud atau lebih dikenali dengan panggilan Wan Ali Beso tinggal sehelai sepinggang apabila beliau tiada di rumah sewaktu kejadian.

Beliau agak bernasib baik apabila tergerak hati memandu kereta untuk keluar menyaksikan perlawanan bolasepak di kedai berhampiran yang kebiasaan beliau hanya menunggang motosikal sahaja. Segala kelengkapan rumah hangus dijilat api dalam masa 30 saat dan beliau dikhabarkan akan menamatkan zaman bujangnya pada bulan Jun tahun ini.


Difahamkan beberapa orang rakan kita telah sama-sama menziarahi beliau di Jalan Air Panas Baharu, Setapak siang tadi sebaik pulang dari menghadiri majlis perkahwinan Abdul Rahman Kadir di Sungkai, Perak.


Tiada kejadian meragut nyawa dilaporkan.  Semua penghuni bersebelahan sempat menyelamatkan diri masing-masing.


Dengan ini, saya menyeru rakan-rakan yang prihatin untuk sama-sama membantu Wan Ali meringankan sedikit beban dengan menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank

 

1641 2802 1939 Mohd Rozali B. Mahmud.  

 

Semoga keikhlasan kita semua dibalas Allah SWT.  Beliau juga boleh dihubungi di talian 019-2022323

Terima kasih.


Azlina Othman

 

 

© 2006 EXSAS. Hakcipta Terpelihara.
Sebarang artikel dan komukasi di dalam laman web  ini tidak boleh diterbitkan semula tanpa kebenaran bertulis EXSAS. Semua mesej dan nukilan adalah hakmilik pengirimnya. EXSAS tidak bertanggungjawab terhadap kesulitan yang timbul berpunca daripada maklumat tersebut.

Laman web dibina dan diselenggara oleh eightyeightstudio.com dan teknikal oleh jengka.net