Main menu

  Profile

  Membership

  Activity

  Foto/Video Gallery

  Business Directory

  Exsas@news

  Exsas Personality

  Forum

  SEMSAS

  Exsas Eagles

  Contact Us

 


  

  

best view by

 

 

y

yahoogroups untuk

semua

bekas pelajar

semsas

 

 

 

 

EXSAS @ NEWS

 

EXSAS TERIMA PENGIKTIRAFAN

KERAJAAN PAHANG

 

Exsas yang akan menyambut ulang tahun ke sepuluh pada tahun hadapan terus mendapat perhatian dan pengiktirafan dari kerajaan Pahang.

 

Selepas menerima kunjungan YAB Menteri Besar Pahang ketika merasmikan Mesyuarat Agong Exsas kali yang ke 7 pada awal tahun ini di Semsas, Sekretariat Exsas sekali lagi telah menerima khabar gembira melalui surat seminggu sebelum kedatangan 1 Syawal tempohari.

 

Bersempena dengan Hari Keputeraan DYMM Sultan Pahang pada tahun ini, Presiden Exsas, Ir Muhammad Imran Baharuddin telah dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri Pahang iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato'.

 

Majlis pengurniaan pingat telah diadakan pada sesi kedua penganugerahan pingat, 11 Disember 2006 di Istana Abu Bakar, Pekan.  Sementara itu, Dato' Presiden ketika dihubungi berkata anugerah ini adalah sebagai tanda pengiktirafan Kerajaan Pahang terhadap seluruh warga Exsas di dalam melaksanakan segala aktiviti khususnya untuk Exsas, Semsas, Negeri Pahang dan juga Malaysia pada amnya.

 

Tahniah kepada Dato' Presiden dan juga seluruh warga Exsas yang telah menyokong dan menaikkan nama Exsas sebaris dengan alumni yang lain. Untuk menghantar ucapan sila email ke presiden@exsas.com.my

 

Wassalam


 

© 2006 EXSAS. Hakcipta Terpelihara.
Sebarang artikel dan komukasi di dalam laman web  ini tidak boleh diterbitkan semula tanpa kebenaran bertulis EXSAS. Semua mesej dan nukilan adalah hakmilik pengirimnya. EXSAS tidak bertanggungjawab terhadap kesulitan yang timbul berpunca daripada maklumat tersebut.

Laman web dibina dan diselenggara oleh eightyeightstudio.com dan teknikal oleh jengka.net