|
EXSAS @ NEWS
POWER TALKS
@ KUANTAN - 8 Sept. 2007
Navigating the Corporate Ocean 101
1.
Tajuk : Navigating The Corporate Ocean 101
2. Penyampai : Sdr Mazlan Razak @ Bosqa (SPM 83)
3. Tempat : Bilik Mesyuarat, SEMSAS
Program di atas telah berjaya diadakan pada 8 hb September, 2007
yang lepas dan telah dihadiri oleh seramai 22 orang yang terdiri
daripada ahli EXSAS, guru serta pelajar Semsas. Majlis telah
diserikan dengan kehadiran YH Dato’ Mat Zaraii Alias (SPM 1975)
iaitu Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Pahang. Ini adalah
kali pertama beliau menjejak kaki ke SEMSAS selepas 32 tahun.
Program ini telah pertama kali diadakan di Kuala Lumpur pada bulan
Julai lepas. Diantara objektif siri “Power Talks” ialah untuk
memberikan pendedahan kepada ahli EXSAS dan bekas pelajar SEMSAS
terhadap cabaran dan panduan untuk mengharungi dunia pekerjaan (korporat).
Disamping itu, para peserta juga berpeluang untuk membina jalinan
hubungan (networking) diantara satu sama lain.
Program telah dimulakan tepat jam 3 petang dan berakhir pada pukul 5
petang. Sebaik sahaja tamat majlis, para peserta dijemput untuk
menikmati jamuan ringan di kantin sekolah. Seterusnya para peserta
berpeluang berkongsi pengalaman dengan para pelajar SEMSAS sehingga
jam 6.30 petang.
Diantara pengisian
penting program:
• Mengenali diri sendiri
• Definisi kejayaan mungkin berbeza diantara individu namun begitu
adalah penting untuk
kita
menetapkan matlamat yang tinggi tetapi realistik
• Anggaplah pekerjaan sekarang seperti perniagaan anda sendiri
• Sentiasa berfikiran positif
• Skil mendengar yang baik adalah penting
• Contoh sikap-sikap yang kurang positif
• Pentingnya untuk setiap kita memillih “role model” sebagai contoh
kejayaan
Sekian.
Disediakan oleh,
Althahir Abdul Rashid,
LM 0032
|