Main menu

  Profile

  Membership

  Activity

  Foto/Video Gallery

  Business Directory

  Exsas@news

  Exsas Personality

  Forum

  SEMSAS

  Exsas Eagles

  Contact Us

 


  

  

best view by

 

 

y

yahoogroups untuk

semua

bekas pelajar

semsas

 

 

 

 

EXSAS @ NEWS

 

ALOR STAR 16 Dis. 2004 - Seorang jurulatih penerbangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama pelatihnya terbunuh selepas pesawat Pilatus PC-7 yang sedang dalam latihan terhempas di dalam sawah di Kampung Titi Besi, Kepala Batas, dekat sini petang ini.

 

Mereka yang terkorban ialah Mejar Alias Bakar, 36, dari Pekan, Pahang dan pelatihnya, Leftenan Amnart a/l Sumnok, 23, rakyat Malaysia keturunan Siam dari Kampung Baru Naka, Padang Terap.

 

Pelatih juruterbang yang terbunuh itu yang masih bujang dan dijangka menamatkan latihan sebagai juruterbang kira-kira dua bulan lagi manakala Alias telah berkhidmat lebih 12 tahun dengan TUDM dan bertugas di Kolej Tentera Udara (KTU) Alor Star di sini awal tahun ini.

 

Ini kejadian kedua pesawat latihan jenis yang sama terhempas di kampung itu selepas yang pertama pada awal tahun 1990. Jarak tempat dua nahas itu cuma kira-kira 100 meter antara satu sama lain. Panglima TUDM, Datuk Seri Nik Ismail Nik Mohamad memberitahu, pesawat latihan buatan Switzerland itu terhempas pada kira-kira pukul 2.08 petang selepas tiga minit berlepas dari KTU yang terletak kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

 

Nahas yang melibatkan pesawat Pilatus PC-7 itu juga adalah yang kedua tahun ini selepas seorang pelatih KTU, Lt. Mualimin Jasid, 23, terkorban apabila pesawat yang dinaikinya terhempas di Kampung Padang Gelanggang, Sanglang, pada 27 Mei lalu.

 

* Allahyarham Mejar Alias adalah bekas pelajar SEMSAS SPM tahun 1985. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan diantara orang-orang yang beriman. news@exsas.com.my

 

 

Oleh: DALIZA ARIFFIN dan NAZARUDDIN SHAHARI

Utusan Malaysia - 17 Dis. 2004

 

 

© 2006 EXSAS. Hakcipta Terpelihara.
Sebarang artikel dan komukasi di dalam laman web  ini tidak boleh diterbitkan semula tanpa kebenaran bertulis EXSAS. Semua mesej dan nukilan adalah hakmilik pengirimnya. EXSAS tidak bertanggungjawab terhadap kesulitan yang timbul berpunca daripada maklumat tersebut.

Laman web dibina dan diselenggara oleh eightyeightstudio.com dan teknikal oleh jengka.net