Main menu

  Profile

  Membership

  Activity

  Foto/Video Gallery

  Business Directory

  Exsas@news

  Exsas Personality

  Forum

  SEMSAS

  Exsas Eagles

  Contact Us

 


  

  

best view by

 

 

y

yahoogroups untuk

semua

bekas pelajar

semsas

 

 

 

 

EXSAS @ NEWS

 

 

Pada 18hb November 2006 yang lepas, Exsas Eagles dan EXSAS telah berjaya menganjurkan Klinik Ragbi di SEMSAS. Program yang pada cadangan asalnya dibuat selama 2 hari terpaksa di pendekkan kepada satu hari sahaja atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Seramai 5 orang ahli Exsas Eagles, Yien & Kudin 96, Faeez 99, Zaim 00 dan AC 01 telah mengendalikan program tersebut yang disertai oleh 27 orang pelajar dari tingakatan 2 dan 3.

Antara objektif program ni adalah untuk membantu SEMSAS menyediakan sebuah pasukan ragbi terbaik bagi menyertai kejohanan-kejohanan ragbi pada tahun hadapan. Disamping itu juga, kami ingin jadikan tradisi kecemerlangan sukan ragbi di SEMSAS berterusan, Kami bertolak pada hari Jumaat malam dan tiba di Kuantan pada jam 12.30 tengah malam. Kami telah disediakan penginapan yang selesa di Bilik Tetamu, asrama putera,

 

Program yang dirancang bermula pada jam 7 pagi terpaksa ditunda disebabkan hujan turun agak lebat pada pagi tersebut. Para peserta Klinik Ragbi telah diberikan sehelai baju T yang disumbangkan oleh Exsas untuk kegunaan sepanjang program tersebut berjalan.

Satu mesyuarat juga telah diadakan untuk penjanjuran kejohanan SEMSAS 7s yang bakal berlangsung pada tahun hadapan. Antara yang hadir, Ustaz Mad Ali mewakili Tuan Pengetua, En Abu Bakar mewakili Kesatuan Ragbi Negeri Pahang(KRNP), Bro Imran, Bro Qisan, Bro Tahir mewakili EXSAS dan juga Cikgu Salasun mewakili unit sukan. Cikgu Zulkizan juga hadir mewakili jurulatih pasukan SEMSAS.

Kami rasa bersyukur kerana program pada kali ni berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada SEMSAS yang sudi memberi peluang untuk mencurahkan pengalaman dan ilmu kami, juga kepada EXSAS yang menganjurkan program ini terutama untuk Tuan Presiden, Bro Qisan ban Bro AlTahir yang sama2 turun padang memberi semangat kepada kami. Diharap kita akan dapat menganjurkan program yang lain pada masa akan datang.
 

SEKIAN TERIMA KASIH. TERUSKAN BERJASA.

Yien & Kudin JASA 96

* Untuk melihat gambar-gambar boleh di lawati
http://www.exsas-eagles.com/
http://exsaseagles.fotopages.com/
 

© 2006 EXSAS. Hakcipta Terpelihara.
Sebarang artikel dan komukasi di dalam laman web  ini tidak boleh diterbitkan semula tanpa kebenaran bertulis EXSAS. Semua mesej dan nukilan adalah hakmilik pengirimnya. EXSAS tidak bertanggungjawab terhadap kesulitan yang timbul berpunca daripada maklumat tersebut.

Laman web dibina dan diselenggara oleh eightyeightstudio.com dan teknikal oleh jengka.net