Main menu

  Profile

  Membership

  Activity

  Foto/Video Gallery

  Business Directory

  Exsas@news

  Exsas Personality

  Forum

  SEMSAS

  Exsas Eagles

  Contact Us

 


  

  

best view by

 

 

y

yahoogroups untuk

semua

bekas pelajar

semsas

 

 

 

 

EXSAS @ NEWS

 

Seminar hepatitis percuma
Harian Metro - 28 Jun 2007



MESKIPUN penyakit hepatitis sudah lama menjadi masalah rakyat negara ini, masih ramai kurang memahaminya, terutama apabila disahkan penghidap atau pembawa penyakit itu.

Begitu juga daripada aspek pencegahan, ada juga tidak memahami, termasuk penghidap dan pembawanya yang seharusnya tahu bagaimana mencegah penyakit itu supaya tidak berjangkit kepada orang lain.

Sehubungan itu, bagi memberi penerangan terperinci, Al-Jabbar Herbs (Al-Jabbar), pengeluar produk perubatan berasaskan herba Bumiputera, akan menganjurkan seminar dan kempen kesedaran mengenai hepatitis dan penjagaan hati.

Ketua Pengarah Operasinya, Habib Noh Sayid Seman, berkata program yang bermula 7 Julai ini sehingga 11 Ogos 2007 itu akan membincangkan cara penjagaan hati yang betul, termasuk mencegah jangkitan penyakit berkaitan hati serta menjaga hati yang mendapat penyakit supaya tidak menjadi lebih buruk.

“Seminar percuma ini diadakan sebagai memenuhi tanggungjawab sosial Al-Jabbar untuk memberi maklumat terkini kepada masyarakat mengenai penyakit hati ini, selain tanda terima kasih kepada pengguna kami yang melebihi 8,000 orang.

“Kami berharap penghidap penyakit hati, terutama hepatitis, sirosis dan hati berlemak, serta ahli keluarga mereka tidak melepaskan peluang ini,” katanya.

Habib Noh berkata, seminar itu juga akan membincangkan persoalan seperti adakah pesakit hati masih ada harapan untuk hidup normal serta menghadapi tanggapan negatif masyarakat mengenai penyakit itu.

Katanya, Pakar Perunding Kanan Gasteroenterologi dan Perubatan, Hospital Putrajaya, Datuk Dr Ahmad Shukri Datuk Md Salleh akan menyampaikan ceramah dan menjawab persoalan mengenai hepatitis dan penyakit hati.

Selain seminar berkenaan, penganjur menyediakan perkhidmatan ujian darah di samping perunding kesihatan Al-Jabbar bersedia membantu peserta yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai masalah dihadapi.

Seminar dan kempen kesedaran itu diadakan 7 Julai ini bermula jam 1 hingga 5 petang di Wisma Belia, Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur. Ia dirasmikan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Program sama juga akan diadakan di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak, antaranya di Johor Bahru (21 Julai); Kuala Terengganu (3 Ogos); dan 11 Ogos 2007 di tempat yang akan ditentukan.

Sesiapa yang berminat menyertai seminar itu boleh menghubungi Al-Jabbar Herbs di talian 03-87379476 (Akma/Siti), faksimili (03-87344117, e-mel, info@aljabbar.com.my atau SMS : taip ALJABBAR SEM dan hantar ke 32728 (DAPAT).
 

 

 

© 2006 EXSAS. Hakcipta Terpelihara.
Sebarang artikel dan komukasi di dalam laman web  ini tidak boleh diterbitkan semula tanpa kebenaran bertulis EXSAS. Semua mesej dan nukilan adalah hakmilik pengirimnya. EXSAS tidak bertanggungjawab terhadap kesulitan yang timbul berpunca daripada maklumat tersebut.

Laman web dibina dan diselenggara oleh eightyeightstudio.com dan teknikal oleh jengka.net