|












best view by


y
yahoogroups untuk
semua
bekas pelajar
semsas
 |
|
EXSAS @ NEWS
PERLAWANAN PERSAHABATAN
FUTSAL
EXSAS
vs
SEMESTA
oleh : Reza-96


Satu perlawanan persahabatan futsal
diantara EXSAS dan SEMESTA telah diadakan pada 16 September 2006
yang lalu jam 9.30 malam, bertempat di Rio de Futsal, Subang Jaya. Perlawanan
persahabatan ini adalah buat kali ke 2 anjuran EXSAS 96 dan EXSAS 97
rentetan kejayaan perlawanan persahabatan yang pertama pada 12 Ogos
2006 lepas. Pada kali ini barisan pemain adalah terdiri dari pada
Solihin-96, Burhanuddin–96, Nazli–96, Arian–96, Nor Zaharuddin–96,
Rafiq–97, Bunut–97, Azrul Ibrahimi–97 (keeper) dan Harris–92.
Pasukan EXSAS telah berjaya menewaskan SEMESTA dengan jaringan 24
berbalas 9 dimana saudara Solihin dan Rafiq tampil sebagai penjaring
terbanyak bagi pasukan EXSAS. Tidak lupa juga kepada pemain-pemain
yang lain yang masih mengekalkan prestasi memantapkan pasukan.
Aktiviti futsal ini adalah aktiviti tetap EXSAS 96 dan EXSAS 97.
Harapan kami agar lebih ramai lagi pemain-pemain futsal EXSAS dari
batch-batch lain yang akan turun padang agar kita dapat membentuk
beberapa pasukan yang kuat. Ini adalah sebagai persiapan kita untuk
menghadapi Liga Alumni SBP yang bakal dianjurkan. Kami akan
mengumumkan tarikh dan lokasi sekiranya perlawanan akan diadakan
agar semua pemain EXSAS dapat turun.
Terima kasih kepada Bullah, Safarin, Harris dan Qisan kerana turun memberi sokongan
bagi pihak EXSAS. Harapan kami aktiviti sebegini akan terus diberi
perhatian selain daripada aktiviti tahunan boling kita. Mungkin kita
akan dapat mengumpul ramai lagi pemain sekiranya sponsorship dari
segi jersi, sewa padang dan sebagainya dapat diberikan pada masa
akan datang.
Insya Allah selepas hari raya, kami akan menganjurkan perlawanan
persahabatan dengan SHAH, Pekan.
Reza - 96
..
news@exsas.com.my
|
|