|












best view by


y
yahoogroups untuk
semua
bekas pelajar
semsas
 |
|
EXSAS @ NEWS
24 pasukan ragbi berentap di Banting
Diambil daripada: http://www.bharian.com.my
Oleh Haryani Ngah
29 Jun 2006
BUAT pertama kalinya penduduk daerah Kuala Langat dapat
menyaksikan aksi sengit 24 pasukan ragbi dalam Kejohanan
Ragbi Canterbury-Banting 10 Sebelah 2006 yang akan
diadakan pada 1 dan 2 Julai depan di Padang Awam, Pantai
Morib, Banting, Selangor.
Daripada 24 pasukan yang mengambil bahagian bagi
merebut Piala Datuk Seri Shafie Salleh itu, cabaran
sengit dijangka hadir menerusi pasukan Intekma Lions,
Skuad Gemilang dan Bandaraya Dragon.
Bagaimanapun, kemampuan beberapa ‘nama besar dalam baki
senarai 21 pasukan bertanding, termasuk barisan seperti
Kuching Barbarians, Jugra Old Boys,
Ex-SEMSAS, JLJ
DiRaja, dan Polis KL turut dilihat mempunyai keupayaan
untuk mencipta kejutan.
Kejohanan berformatkan liga sepusingan pada peringkat
awal yang diikuti pusingan kalah mati itu menawarkan
hadiah wang tunai RM2,000, baju latihan Canterbury,
piala pusingan dan piala iringan.
Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Seri Shafie Salleh
berkata, penganjuran kejohanan itu bertujuan
mengembangkan minat sukan ragbi di kalangan penduduk
tempatan yang sebelumnya meminati sukan badminton.
“Kalau diikutikan rancangan jangka panjang, saya mahu
kejohanan ini menjadi acara tahunan dan menarik
penyertaan pasukan-pasukan luar negara. Namun secara
jangka pendek, tumpuan lebih diberikan kepada kelab
tempatan untuk memiliki kejohanan yang membolehkan
mereka membuktikan keupayaan,” katanya.
*
untuk laporan penuh dan keputusan
dari Exsas Eagles,
sila ke
http://www.exsas-eagles.com
|
|