| |||||||||
|
| ||||||||
|
best view by
|
EXSAS @ NEWS
SEMANGAT JUANG YANG TINGGI MEMBAWA EXSAS EAGLES KE PENTAS FINAL BUAT KALI KE DUA
Petaling Jaya, 3 Dis. 2007 - Pasukan Exsas Eagles telah mempamerkan semangat berpasukan dan perjuangaan yang kental apabila berjaya merobek kubu SDARA Lions dalam aksi Semi Final di Padang Utara semalam. Saingan sengit tampak jelas apabila Eagles ketinggalam 5 - 7 pada separuh masa pertama. Namun dengan komitmen yang tinggi dan semangat Hidup Berjasa, akhirnya Eagles menang dengan mata 27 - 17.
Dalam perlawanan semi final terdahulu, SMSOB ( Sains Selangor Old Boys ) seperti yang dijangka, berjaya menjinakkan pasukan OPA. Dengan itu, Eagles dan SMSOB akan mengulangi aksi perlawanan akhir tahun 2006 sekaligus menambah rekod pertemuan diperingkat final kedua-dua pasukan. Syabas Eagles.
|
||||||||
|
|||||||||