|












best view by


y
yahoogroups untuk
semua
bekas pelajar
semsas
 |
|
EXSAS @ NEWS
EXSAS EAGLES A TERKANDAS,
SKUAD PELAPIS TUNJUK PENINGKATAN
Skuad Helang yang membawa cabaran EXSAS ke Kejohanan Ragbi 10's
Terbuka TMM Pahang 2007 berakhir semalam dengan keputusan yang
sedikit ironi. EXSAS menghantar 2 pasukan iaitu pasukan senior yang
diwakili oleh EXSAS EAGLES 'A' manakala EXSAS 'B' pula diwakili oleh
pemain-pemain pelapis yang terdiri daripada bekas pelajar Semsas SPM
tahun 2006.
Di peringkat kumpulan, EXSAS 'A' yang bermain didalam kumpulan D
terpaksa berhempas pulas untuk melayakkan diri ke peringkat suku
akhir selepas hanya mencatatkan 4 mata di hari pertama hasil
kemenangan kepada Ex-Sharks UMP, seri dengan MAS Cougars dan tewas
dengan Ungku Husin Old Boys (UHOB).
Berlainan pula dengan skuad pelapis EXSAS 'B' yang bermain dalam
kumpulan C kerana mereka tewas pada perlawanan pertama menentang
Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP). Namun ianya tidak mematahkan
semangat pemain muda pasukan untuk mencatatkan kemenangan pada
perlawanan seterusnya. EXSAS 'B' bangkit menewaskan Kuantan Salvo
'B' 17-15 dan berjaya mendapat rentak sebenar pada perlawanan ketiga
bertwmu MRRC. EXSAS 'B' menang 33-0.
Hari kedua merupakan hari penentuan kepada EXSAS 'A'. 3 pasukan
berentap untuk mencuri 2 tempat teratas ke peringkat suku akhir.
Seperti tiada pilihan, EXSAS 'A' perlu menang besar dengan Kuantan
Armour dan berharap UHOB menewaskan MAS Cougars. EXSAS 'A' menang
17-0 namun terkandas selepas MAS Cougars menang 5-0 dengan UHOB.
Maka berakhirlah misi EXSAS 'A".
EXSAS 'B' pula bergaya menjinakkan TUDM Scorpee pada hari kedua dan
layak ke peringkat suku akhir menentang Kota Tinggi Loaders. Pada
perlawanan suku akhir, EXSAS B tewas 0-10 dan seterusnya bermain di
peringkat separuh akhir kategori Plate.
Hasil serangan dan pertahanan yang kemas, EXSAS B berjaya menewaskan
Kuantan Salvo A, 14-7 dalam perlawanan yang agak seimbang di
peringkat separuh akhir Plate. Perlawanan Akhir Plate sekali lagi
mempertemukan EXSAS B dengan SSBP dan ternyata EXSAS B bukanlah
tandingan mereka selepas mudah membenam Skuad Helang, 0-38.
Maka EXSAS B mengakhiri kejohanan tahun ini sebagai Naib Johan
Kategori Plate dan menjadi 6 pasukan terbaik kejohanan yang disertai
oleh 22 buah pasukan.
Perlawanan Akhir Cup menyaksikan JLJ juga mudah menjinakkan Kota
Tinggi Loaders, 34-0. Tempat ketiga menjadi milik Ex-Lions dan
keempat, MAS Cougars.
yien96
dewasoloarch@yahoo.com
|
|