LAPORAN PROGRAM IFTAR EXSAS-SEMSAS 5 SEPT 2009
Oleh : Suhaimi Mat Hussain
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Presiden EXSAS yang antara lain menghargai kesudian pihak sekolah untuk menganjurkan program ini bersama-sama EXSAS. Beliau turut mengalu-alukan kedatangan ahli EXSAS ke majlis ini.
Majlis kemudiannya mempersilakan Dato' Abdul Ghafar Mahmud untuk menyampaikan sepatah dua kata. Antara fakta menarik yang disampaikan ialah SEMSAS merupakan satu-satunya sekolah yang menjadi tempat beliau menaburkan jasa sebagai guru (70an-80an) dan Pengetua (90an). Selebihnya adalah di PPD dan di Kementerian. Malahan bertemu jodoh juga adalah di SEMSAS.


