You are here: Home News From the President - June 2008

Exsas - Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS Pahang

From the President - June 2008

E-mail Print PDF

DARI MEJA PRESIDEN

 

 

Assalamualaikum,

 

 

Seperti yang dijanjikan sekali lagi saya menulis di laman ini untuk memberi penerangan ke atas perkembangan yang telah dilaksanakan oleh para AJK dalam tempoh beberapa minggu yang lalu.

Mesyuarat pertama AJK telah diadakan di Kuantan pada 26 April 2008 yang lalu. Hanya 3 orang yang tidak dapat hadir atas urusan kerja yang tidak dapat dielakkan. Walaupun tidak semua yang dapat hadir, melalui sesi Pra Mesyuarat serta perbincangan secara tidak formal melalui forum Yahoo Group yang diadakan, segala input yang dikehendaki telah dapat dikumpul bagi tujuan mesyuarat.

 

Di dalam mesyuarat tersebut, beberapa hal telah dipersetujui. Antaranya, penubuhan biro-biro berikut:

 

1. Membership Drive & Merchandising

2. Strategic Economic Development

3. Leadership Development

4. Fundraising Events

5. Members’ Welfare, Women’s Affairs and Charity Works

6. Sports & Recreations

7. Publicity & Communication (termasuk Website Management)

8. Kuantan Chapter atau dikenali juga sebagai EXSAS@Kuantan

 

Selepas dari ini, Setiausaha akan memberikan laporan yang lebih terperinci tentang biro-biro tersebut beserta dengan carta organisasi yang berkaitan. Biro-biro ini telah ditubuhkan selaras dengan dasar, misi dan objektif yang ingin kita capai dalam masa yang terdekat. Tidak dinafikan masih banyak yang perlu atau yang ingin kita buat tetapi kami telah bersetuju untuk bergerak mengikut keutamaan semasa.

 

Kita juga telah bersetuju untuk melaksanakan program-program terpilih yang boleh dirujuk melalui satu Takwim yang akan diumumkan kepada anda semua di laman web ini bagi memudahkan perancangan awal di pihak anda semua sama ada untuk memberi sumbangan atau sekadar menyertainya. Antara program terdekat sebelum ketibaan bulan Ramadhan ialah Homecoming pada 21 Jun 2008, Annual Bowling Tournament pada 20 Julai 2008 dan siri Powertalk bertajuk My Journey to Bursa oleh Tengku Yusuf (SPM 79), CEO Dayang Enterprise Holding Bhd pada 2 Ogos 2008. Dari semasa ke semasa, ada lagi maklumat lain yang akan dikemaskini di dalam Takwim ini. Exsas@Kuantan dijangka akan mengadakan program Mencandat Sotong pada bulan Jun. Maklumat terkini mengenainya akan dimaklumkan kemudian. Bagi yang berminat, anda boleh bersedia mulai sekarang.

 

Kita juga telah memastikan yang ketua-ketua biro bertanggungjawab untuk memberikan garis kasar perbelanjaan untuk diluluskan terlebih dahulu sebelum sesuatu program itu dilaksanakan.

 

Saya telah melantik 4 orang AJK dan sedang menimbangkan perlantikan seorang lagi untuk memenuhi 5 kuota lantikan Presiden. Mereka-mereka yang telah dilantik ialah Saudara Faris Idris (SPM 80), Saudari Rozmah Ismail (SPM 81), Saudara Abd Halim Kunju Ali (SPM 84) dan Saudari Nor Hanyta Johari (SPM 92).

 

Penganjuran SEMSAS 7 tahun ini telah menunjukkan satu kemajuan kerana telah berjaya menarik penyertaan daripada 30 pasukan berbanding 20 pasukan dalam kejohanan yang lalu. Perbelanjaan yang terlibat pula jauh lebih rendah iaitu RM8500 berbanding RM16400 pada kejohanan yang lalu. Kemeriahan pada kejohanan kali ini cukup terserlah dengan majlis penutupan rasmi oleh Exco Sukan Negeri Pahang Dato’ Wan Adnan Wan Mamat, bekas pemain ragbi Maktab Adabi Kuantan yang pernah menewaskan SEMSAS dalam perlawanan sewaktu awal penubuhan pasukan ragbi SEMSAS pada tahun 1979/1980. Tahniah dan terima kasih kepada Yien dan Qisan di atas penganjuran yang cemerlang.

EXSAS telah mengambil kesempatan memohon bantuan kewangan dari kerajaan negeri melalui Dato’ Wan Adnan ketika kejohanan baru-baru ini untuk mengembangkan SEMSAS 7 ke peringkat yang lebih tinggi setaraf dengan kejohanan bertaraf antarabangsa seperti Jonah Jones dan sebagainya. Pada dasarnya beliau bersetuju dengan cadangan tersebut malah mencadangkan idea supaya SEMSAS 7 menjadi satu program sukan peringkat Negeri Pahang. Sekiranya menjadi kenyataan, ia sangatlah dialu-alukan dan ia merupakan satu kejayaan bagi EXSAS dan kita akan terus memberi sokongan walaupun secara tidak langsung.

Saya mengalu-ngalukan mana-mana ahli yang menetap di Kuantan yang ingin memberikan sumbangan tenaga untuk menjayakan program ini di tahun hadapan untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri, SEMSAS dan Cikgu Husin untuk tampil ke hadapan.

 

Kita sedang dalam proses mengemaskini laman web supaya ia lebih bermaklumat serta mesra pengguna bagi menarik minat anda untuk sentiasa melawatinya. Dijangkakan mulai 15 Jun ini, imej baru laman web EXSAS akan muncul untuk tatapan anda. Tunggu!!

 

Di antara acara menarik yang akan diperkenalkan ialah perlawanan persahabatan di antara alumni SEMSAS dan SEMESTA yang diharapkan menjadi satu tradisi di antara dua institusi terkenal di Pahang ini. Selain merapatkan silaturrahim, acara ini berupaya menjadi pengembang jaringan untuk ahli-ahli dan berpotensi untuk menyumbang ke dalam kantung EXSAS. Namun begitu, idea ini masih di dalam perincian yang teliti.

 

Untuk projek jangkamasa panjang, kita sedang membuat kajian asas penubuhan Koperasi EXSAS dan juga berusaha untuk melaksanakan projek perolehan Bangunan EXSAS yang telah dipelopori oleh AJK yang terdahulu. Baru-baru ini, batch SPM 1979 telah meminta sokongan dari EXSAS untuk memulakan koperasi khas bagi bekas-bekas pelajar batch mereka. Ini satu langkah yang amat kita alu-alukan memandangkan EXSAS telah bergerak agak perlahan dalam merealiasikan inisiatif ini. Kepada batch-batch lain yang berminat ke arah inisiatif yang serupa, sila kemukakan cadangan kepada kami untuk sokongan.

 

Cukup setakat ini. Hingga berjumpa lagi. Sekiranya anda ingin berhubung terus dengan saya, sila email ke This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 

 

Wassalam

 

Mohamed Mazlan Abd Razak

 

 

Last Updated ( Tuesday, 13 April 2010 12:53 )