You are here: Home News From the President - August 2008

Exsas - Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS Pahang

From the President - August 2008

E-mail Print PDF

Ucapan Sempena Ulangtahun Kemerdekaan

Negara ke 51 serta Ketibaan Bulan Ramadhan

Al-Mubarak 1429 Hijrah.

 

Assalamualaikum wbt.

 

Bersempena dengan semangat Hari Kemerdekaan yang ke 51 dengan tema Perpaduan Teras Kejayaan, maka eloklah kita semua mengambilnya sebagai satu titik tolak yang boleh memperkuatkan semangat bersatu padu dan bertoleransi di dalam menjayakan sebarang kegiatan EXSAS dimasa-masa akan datang. Perbezaan pendapat ialah norma dalam satu-satu organisasi dan perlu dijuruskan untuk menyuburkan pembangunan persatuan dan bukan untuk menyegarkan bait-bait perpecahan. Ianya perlu untuk kita pergi lebih jauh ke hadapan sebagai satu pasukan.

Dengan ketibaan Bulan Ramadhan Al-Mubarak, yang mana umat Islam akan menjalani ibadah puasa, maka semestinya nilai-nilai yang ada di dalam ibadah tersebut perlu juga diserapkan ke dalam amal perbuatan seharian. Ibadah puasa di bulan Ramadhan tidak boleh dijadikan alasan untuk kita mengurangkan apa yang sepatutnya kita lakukan di bulan-bulan yang lain. Begitu jugalah dengan EXSAS. Sebarang perancangan kalaupun perlu dilakukan dalam keadaan kita berpuasa, perlu diteruskan demi kepentingan ahli dan juga adik-adik yang sedang belajar di SEMSAS memandangkan tidak lama lagi, mereka akan menduduki peperiksaan penting seperti PMR dan SPM.

 

Saya selaku Presiden EXSAS dan mewakili semua AJK EXSAS 2008/2010 mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke 51, serta Selamat Berpuasa kepada semua ahli EXSAS.


Salam hormat.

 

Mohamed Mazlan Abd Razak