You are here: Home News From the President - September 2008

Exsas - Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS Pahang

From the President - September 2008

E-mail Print PDF

Ucapan Aidil Fitri 1429 Hijrah.

Assalammualikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Alllah SWT kerana dengan keizinanNya, kita dapat menyempurnakan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan pada tahun ini dalam suasana yang agak selesa. Adalah diharapkan kita juga akan dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri ini dalam keadaaan yang aman dan tenteram. Insyaallah.

Tidak seperti beberapa tahun kebelakangan ini, AJK EXSAS telah memutuskan untuk tidak menghantar kad ucapan Selamat Hari Raya kepada semua ahli pada tahun ini. Sebaliknya duit tersebut akan kami gunakan untuk menjayakan aktiviti-aktiviti yang lebih bermakna memandangkan kantung kewangan kita berada di dalam keadaaan yang kurang sihat.


Syawal adalah tanda kemenangan dan kejayaan melawan hawa nafsu dan godaan dunia serta sikap yang tidak baik seperti membazir dan boros berbelanja. Kita diharamkan berpuasa pada 1 Syawal untuk meraikan hikmah kemenangan dan kejayaan tersebut. Walau bagaimanapun, di dalam meraikannya, diharapkan agar kita tidak lupa akan batas-batas yang boleh mencemarkan kesucian Aidifitri itu sendiri.

Dalam pada kita bergembira, janganlah kita lalai dan leka. Sebaliknya kita harus insaf dan tidak melupakan nasib saudara-saudara kita yang mungkin kurang bernasib baik. Mereka perlu dibantu untuk bersama-sama menikmati suasana riang-ria di Aidilfitri ini.

Bawalah keluarga kita mengunjungi saudara-mara dan sahabat handai untuk mengeratkan lagi ikatan silaturrrahim.

Sama-samalah kita berdoa kepada Allah SWT semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur agar dapat kita berjumpa lagi pada Ramadhan yang akan datang.

Akhir kata, saya dan juga seluruh keluarga AJK EXSAS dan ahli-ahli keluarga kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua ahli EXSAS di mana jua anda berada. Kepada yang akan berkenderaan balik ke kampung halaman, saya harap anda semua berhati-hati dalam perjalanan dan semoga selamat sampai ke detinasi yang dituju.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar Walillahilham

Sekian, Wassalam.

Mohamed Mazlan Abd Razak

Last Updated ( Sunday, 28 September 2008 16:06 )