You are here: Home News AGM 12 & Homecoming 2011 - Terkini

Exsas - Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS Pahang

AGM 12 & Homecoming 2011 - Terkini

E-mail Print PDF

'Sireh Pulangg Ke Gagang' atau Homecoming EXSAS 2011 bersama AGM kali ke 12 akan diadakan sebagaimana berikut :
Tarikh : 18 dan 19 Jun 2011
Masa : Bermula 7.45 pagi
Tempat : Dewan Alkhawarizi & Dewan Iqra' , SEMSAS.

Muaturun Notis AGM 12 & Borang Usul DISINI

Walaubagaimanapun, acara pada tahun agak berlainan dari tahun-tahun yang sebelumnya. Ini adalah kerana orang kuat Kementerian Pelajaran Malaysia, YBhg Dato' Abd Ghafar, yang juga merupakan bekas guru dan pengetua SEMSAS akan turut hadir terutama pada Majlis Makan Malam.

Program akan bermula pada pagi Sabtu (18 Jun 2011) dengan Forum Kerjaya untuk para pelajar tingkatan 4 dan 5 yang akan dianjurkan bersama oleh EXSAS dan SEMSAS bertempat di Dewan Alkhawarizi. Ini akan diikuti oleh 'Career Talk' mengikut profession di booth yang telah ditetapkan. Pada waktu ini, Pameran Kerjaya dan IPT beserta gerai jualan bersempena dengan Hari Koperasi SEMAS akan diadakan di Dewan Iqra' bermula pada jam 8.00 pagi hingga jam 3.00 petang. Asrama SEMSAS juga akan mengadakan Hari Terbuka Asrama untuk warga EXSAS pada sepanjang hari Sabtu. Manakala Hari Terbuka Asrama untuk para ibubapa akan didakan pada hari Ahad.

AGM kali ke 12 akan diadakan pada jam 12.30 tengahari di dewan terbuka Semsas ( bangunan baru bersebelahan Dewan Alkhawarizi) sebelum makan tengahari untuk warga EXSAS di kantin sekolah.

Pada sebelah petang, akan diadakan perlawanan Ragbi Piala Cikgu Hussin diantara SEMSAS dan EXSAS Junior.

Pada sebelah malam pula tidak sebagaimana biasa, dimana Majlis Anugerah Gemilang SEMSAS dan Homecoming EXSAS 2011 akan diadakan bertempat di Dewan Alkhawaziri dengan dihadiri oleh YBhg Dato' Abd Ghafar dan warga EXSAS sebagai tetamu undangan, guru-guru dan pelajar Semsas dan juga para ibubapa pelajar. Majlis makan malam pada kali ini adalah anjuran SEMSAS dan PIBG Semsas dimana konsep jualan meja akan dilaksanakan bagi mengumpul dana bagi tabung pembangunan SEMSAS.

Meja-meja akan dijual sebagaimana berikut :

1. Meja Platinum (4 buah) - RM5000 sebuah
2. Meja Gold (10 buah) - RM 2000 sebuah.
3. Meja untuk EXSAS akan dijual dengan harga RM500 sebuah ( RM50 seorang )

Melalui perbincangan yang telah diadakan bersama wakil Semsas, Exsas dan PIBG baru-baru ini, EXSAS akan membantu dalam penjualan meja untuk EXSAS dan pengisian pada majlis tersebut dengan persembahan.

Pada hari Ahad pula akan diadakan perlawanan persahabatan SEMSAS dan EXSAS untuk permainan seperti berikut :

1. Kriket
2. Softball ( Sumbangan barangan solfball untuk SEMSAS sedang diusahakan oleh Sdr Nizar Sham - 88 )
3. Bola Keranjang
4. Bola Jaring
5. Hoki

 

ATURCARA AGM DAN HOMECOMING

Sabtu (18 Jun 2011) 

8.00 - 10.00 pagi

:

Forum Kerjaya untuk pelajar tingkatan 4 & 5

10.00 - 10.30 pagi

:

Rehat (Minuman disediakan)

10.30 - 11.30 tgh

:

‘Sesi Power Talk Khas’ bersama Saudara Ahmad Izham Omar,

COO - Television Network, Media Prima Berhad,

CEO – Primeworks Studio Sdn Bhd, Director – Monkey Bone Records & The 8 Unit

11.30 - 1.00 tgh

:

'Career Talk' untuk pelajar tingkatan 4 dan 5.

1.00 - 2.15 ptg

:

Makan Tengahari (Kantin Sekolah) 

2.15 ptg - 4.00 ptg

:

Mesyuarat Agong EXSAS Kali ke 12 

4.00 ptg - 6 ptg

:

Perlawanan Ragbi Piala Cikgu Hussin (Semsas vs Exsas Jr)

8.00 - 11.00 mlm  

Majlis Anugerah Gemilang SEMSAS dan Homecoming EXSAS 2011

     

Ahad (19 Jun 2011)

8.00 - 1 tgh  

Kriket, Bola Keranjang, Bola Jaring, Hoki dan Softball

 

:

(Asrama Terbuka untuk para ibubapa pelajar Semsas)

Forum Sempena Minggu Homecoming EXSAS 2011
 
Tarikh: 18 Jun, 2011 (Sabtu)
Waktu: 8.00 pagi
Tajuk: "Persediaan menghadapi dunia kerjaya - membentuk ciri-ciri individu cemerlang dan berdaya-saing"
 
Ahli panel:
Ir. Zulhkiple A. Bakar (1975), Managing Director, Perunding ZNA (Asia) Sdn Bhd
Puan Ruhaida Ali Badaruddin (1985), Chief of Staff, Scomi Group Bhd
Encik Ahmad Saruji Abdul Aziz (1985), Chief Marketing Officer, Amanahraya Berhad
 
Moderator: Dr Azmi Ghazali (1978)

 

Kriket

Sila hubungi Sdr Shukri Hassan (83) 012-3883271 untuk pendaftaran nama bagi perlawanan kriket diantara EXSAS dengan SEMSAS.

 

Ragbi

Ragbi 10 sebelah akan diadakan bagi perlawanan diantara EXSAS Junior dan SEMSAS. Sila hubungi Safarin (96) 019-2717905 untuk mendaftarkan diri.

 

Bola Keranjang

10 pemain lelaki dan 10 pemain wanita yang berminat untuk bermain dalam perlawanan persahabatan dengan pelajar Semsas, boleh memberikan nama kepada Bro Wirdana (92) 019-387 9567.

 

Bola Jaring

Sila hubungi Salawati (86) : 013-3580790 untuk pendaftaran nama.

 

Softball

Sila daftar nama anda kepada Nizar Sham (88) 019-220 9651.

 

Hoki

Sila berhubung dengan Solihin (96) 012-6732 495

 

 

Bersama kita hadir dan memeriah suasana. Untuk maklumat lanjut Sila hubungi Azhar Aziz aka Qisan atau 019 - 2991600 untuk pendaftaran kehadiran AGM & Dinner sahaja atau layari www.exsas.com.my bagi pendaftaran secara keahlian secara 'online'.

 



Comments (0)
Last Updated ( Monday, 20 June 2011 21:15 )  

Log In

exsas help desk