You are here: Home News Kolokium Pelajar Projek Khas Sekolah Berasrama Penuh 2010 : 7-10 Julai 2010

Exsas - Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS Pahang

Kolokium Pelajar Projek Khas Sekolah Berasrama Penuh 2010 : 7-10 Julai 2010

E-mail Print PDF
Adalah dimaklumkan bahawa pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster (BPSBPSK) Kementerian Pelajaran Malaysia akan menganjurkan Kolokium Pelajar Projek Khas Sekolah Berasrama Penuh 2010 di Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka pada 07-10 Julai 2010. Acara ini merupakan acara tahunan dan disertai oleh pelajar-pelajar miskin dari seluruh SBP yang terdapat di Malaysia.
 
Program kali ini akan dikelolakan oleh Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka (MOZAC). Sehubungan dengan itu, satu slot 'BERSAMA ALUMNI" akan diadakan pada 08 Julai 2010 dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tgh. Slot ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang terlibat untuk bersama-sama ahli alumni bagi mendapatkan pelbagai nasihat dan pandangan yang berguna.
 
Semua ahli EXSAS adalah digalakkan untuk menyertai acara ini sebagai sumbangan EXSAS kepada acara yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster (BPSBPSK) Kementerian Pelajaran Malaysia  yang mana Ketua Penolong Pengarahnya, En. Mohd Fathullah bin Mohd Yusuf adalah merupakan ahli EXSAS batch 1980.
 
Kepada mana-mana ahli Exsas yang berminat menyertai acara ini atau yang ingin memberi sumbangan dalam bentuk kewangan  dan barangan, sila maklumkan kepada Setiausaha EXSAS di talian 019-2991600 atau email kepada This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Last Updated ( Wednesday, 21 July 2010 11:25 )  

Log In

exsas help desk