Kejutan telah berlaku di Kejohanan Olahraga SEMSAS kali ke 34. Pasukan rumah SKYLAB telah berjaya muncul sebagai johan keseluruhan setelah mengenepikan rumah COSMOS ditangga kedua di dalam persaingan yang begitu sengit. Rumah COSMOS selaku juara bertahan telah disebut-sebut sebagai rumah pilihan.
Sehingga baki acara tinggal dua sahaja, rumah SKYLAB masih mendahului tetapi rumah COSMOS mempunyai peluang untuk memintas rumah SKYLAB. Walaubagaimanapun, harapan peserta rumah COSMOS untuk memenangi salah satu daripada dua acara terakhir tersebut gagal disempurnakan dan rumah SKYLAB telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Olahraga SEMSAS kali ke 34. Tahniah!
Keputusan :
Johan : Skylab
Naib Johan : Cosmos
Tempat ke 3 : Soyuz
Tempat ke 4 : Apollo
sumber : Althahir


