You are here: Home News SEMSAS 7's 2009

Exsas - Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS Pahang

SEMSAS 7's 2009

E-mail Print PDF

KEJOHANAN RAGBI SEMSAS 7 SEBELAH 2009
Oleh: Althahir Abdul Rashid
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

KUANTAN 4 Mei – Kejohanan SEMSAS 7 telah berlangsung pada 2 & 3 Mei, 2009 dengan jayanya. Sebanyak 26 pasukan bawah 15 dan 18 telah menyertai kejohanan. Diantara pasukan ternama peringkat kebangsaan yang turut serta ialah SMS Johor, SMS Selangor dan King George V, Seremban. Pertama kali menyertai kejohanan ialah pasukan bawah 15 Bintang Rugby Club, KL yang terdiri daripada anak-anak expatriates (anak mat saleh) di Lembah Kelang.

Kedua-dua kategori telah dimenangi oleh SMS Selangor dengan mengalahkan KGV, (bawah 18) dan SBPI Kuantan (bawah 15). SEMSAS menduduki tempat ke 4 (bawah 18) dan juara bowl (bawah 15). Hadiah perlawanan akhir dan penutupan kejohanan telah dilakukan oleh wakil ketua sektor Sukan Jabatan Pendidikan Pahang, En Jalaluddin.

Hadir sama menyaksikan perlawanan akhir ialah Presiden EXSAS, sdr Mohd Mazlan Razak, Presiden EXSAS 2004-2008, YH Dato' Ir Muhd Imran Baharuddin, Presiden Honda (M) Sdn Bhd, sdr Azman Idris dan Pengasas Kejohanan, Tuan Hj Husin Rashid. Kehadiran penonton sepanjang dua hari kejohanan adalah menggalakkan dan melebihi kehadiran tahun lepas. Terdapat juga beberapa ahli EXSAS dan bekas pelajar yang turut hadir memberikan sokongan kepada pasukan SEMSAS.

Last Updated ( Thursday, 08 April 2010 21:36 )