You are here: Home News & Features Selamat Ulang Tahun ke 11, EXSAS

Exsas - Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS Pahang

Selamat Ulang Tahun ke 11, EXSAS

E-mail Print PDF

Salam Sejahtera. 

Pejam celik dalam kita menghadapi kehidupan seharian, tanpa disedari tercipta satu lagi sejarah buat Exsas. Bertarikh 27hb. Februari 1998, 11 tahun yang lalu, Exsas lahirkan di bumi Pahang Darul Makmur dengan penuh penghormatan, semangat dan azam untuk menjadi sebuah alumni yang menaungi seluruh warga bekas pelajar-pelajar Semsas.  

Hari ini,  tanggal 27hb. Februari 2009, maka genaplah 11 tahun usia Exsas. 

Pelbagai cabaran dan dugaan telah ditempuhi oleh Exsas demi untuk menyatu-padukankan seluruh ahlinya. Pahit getir ditempuh bersama barisan AJK yang penuh komitmen dan juga ahli Exsas yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan bagi menjadikan exsas lebih mantap. 

Perjuangan masih belum lagi selesai. Banyak lagi agenda yang perlu disusun dan dilaksanakan. Masih terlalu awal untuk kita merasa selesa dengan apa yang kita ada.  

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Ayuh semua, kita bersatu untuk menjadikan Exsas lebih cemerlang, disegani dan seterusnya menjadi terbaik dikalangan yang terbaik.    

Selamat Hari Ulang Tahun yang ke 11, EXSAS. 

Wassalam,  

Rahasdin Razali
SU 0810
Last Updated ( Friday, 27 March 2009 03:19 )  

Become a Member

EXSAS membership is opened to all ex-students of Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS), previously known as Sekolah Menengah Sains Pahang (SMSP). Are you an ex-student of SEMSAS..? Join us today.

Click here to Join Us

Contact Us

Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS.
Suite 11-1, Jalan 9/23E, Taman Danau Kota,
53300 Kuala Lumpur.

Fax: +603-4143 0820
E-mail:

admin@exsas.com.my

Bank : Maybank Berhad
Acc No : 5623 5750 2760