You are here: Home News Bas Nombor 7377 - Bab 11

Exsas - Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS Pahang

Bas Nombor 7377 - Bab 11

E-mail Print PDF
Article Index
Bas Nombor 7377 - Bab 11
Page #
Page #
Page #
All Pages

 

Bus stand 5 - Temerloh

Bapoklah bestnya bila doh sampei Temerloh. Yang dalam bas ini pun ramai yang dah termegerloh (tidur lah tu). Bandar ini memang nostalgialah buat kita geng smsp7377. Dulu 1973 .. masih jambatan besi .. atas Sungai Pahang. Rumah rakit saperti dulu .. dah takda nampak. Yang aku ingat sampai sekarang ialah nama kampung-kampung di Temerloh .. Busut Jin, Buntut Pulau, Bukit Pak Silap, Pragap ... Temerloh dan Metakab ni tak jauh. Mentakab duduk dalam daerah Temerloh. Masa kita sekolah dulu ramai yang lebih suka ke Mentakab kerana bandarnya besar sikit. Seingat aku geng smsp7377 ni ramai yang dari Temerloh. Lias Lani, Payit, Subian, Risma Landak, Nasaharuddin, Shamsul, Mahmud, Lebak, Asmah, Alawiyah, Rosuna? dll. Yang femes-femes pun dulu geng sinilah.yang hero-hero kat asrama ABS dulu .. geng kita anak polis Mentakab .. Kadok, Man Tong, Idin, Lan Sudin, juga Amaludin, Azimah,Mariana, Norgayah (gelat) juga Rahim Helmi, Jamaluddin .. dan Duan dan Mat Daung dari Lancang. Tak pasti sapa yang masih ada di Temerloh sekarang. Khabarnya .. Shaharani ada diisini dan dah pasang dua .. heheh. PaE pun disinikan? Opps.. dah hampir time berbuka ... sengaja nak cari satu restoran yang nostalgia buat aku. Restoran Azhar .. ada lagi rupanya ... sejak 35 tahun dulu. Aku bawa bas kesitu termasuk penumpang yang ada, berbuka puasa kat restoran itu ... restoran tempat aku pernah tidur tahun 1973 dulu .. pada malam raya. Ohh syahdunya. Ehh ada lagi ke bangunan Pa' Moi kat sebelah sana tu..?? Lepas berbuka tu kami semua tumpang tidur .. tempat kita semua pernah tidur .. nun atas bukit tu .. Asrama ABS (Asrama Pusat). Sambung perjalanan pagi esok pula.

Bus stand 6 – Jerantut

Dari Temerloh masuk simpang Sanggang .. lalu ikut Kuala Krau untuk ke Jerantut. Kuala Krau .. ada kawan kita asal dari sini .. Cawat (Chung Ching Huat kelas 5.3) tapi dia bukan sambut raya. Lagipun sekarang Cawat ada di Kuantan. Sampai Jerantut .. sapa ada sini. Sekarang yang ada Lina D kat sekolah Men.TAHAP. Rasanya Syed Dollah pun ada disini. Tapi masa sekolah dulu kawan yang aku ingat sangat dan sinonim dengan Jerantut ialah Mat Krek. Kalu tak silap Li Noh pun orang Jerantut juga .. Mat Jemi ... Isa Shafie?? Yang perempuan tu .. maaflah tak dapat sebut kerana tak ingat. Ralat juga .. ada 2 orang perempuan dalam kelas aku masa form 3.3... masa form 4 pindah sekolah ... tak dapat nak ingat nama. Dari Jerantut bas teruslah ke Lepeh..

Bus stand 7 - Kuala Lipis

Aku jarang sampai kesini .. tapi tahu jugalah jalannya. Takpasti sapa yang masih ada disini. Seingat aku .. kawan-kawan yang berasal dari sini .. Wan Shahruddin, Malik Din, Shaharuddin Ming, Aziz Pilus? Yang aku cari-cari .. sejak habis sekolah dan tak pernah jumpa dan tak tahu ada dimana sekarang ialah Malik Din .. really miss you..

Dari Lepih bas terus ke Raub.

Bus stand 8 - Raub.

Orang Rhaub ni spesial. Slang dia orang agak berbeza sikit. Jika orang Pekan bunyinya leweh .. orghang rhaub ni pekat kedalam sikit. Kawan yang aku ingat sangat dan cukup femes masa sekolah dulu .. Subam, yang cerdik tu .. Shan, juga yang cipta lencana sekolah Shukri Doya. Yang terkenal dengan slang Sega nya .. Pahari. Juga Rosita, Cheam May Choo. Midah Gebu orang sini ke? Dari Raub ..teruslah ke Bentong ..

Bus stand 9 - Bentong

Aku amati orang Bentong ni cakap dia tak banyak loghat sanga .. kira bahasa bakulah. Walaupun tak biasa sangat dengan daerah ini tapi sejak sekolah dulu nama-nama Sg. Marong, Lurah Bilut, Karak, Ketari dah dikenali kerana ramai kawan-kawan geng smsp7377 dari sini. Geng-geng Bentong ni ramai dan femes juga dikalangan kita. Masih aku ingat .. Hisham, Noran, Rahman Kidul, Man Majid, BOR, Maarof, Hashim Mubin, Surinah, Lee Yuet Lai, Ainun? Sher.. orang Bentong ke? Dan dari Bentong Bas7377 .. bergeraklah ke KL.



Last Updated ( Thursday, 08 April 2010 21:30 )  

Log In

exsas help desk