You are here: Home News Kejohanan Ragbi MSSM KRM MILO bawah 15 tahun 2007 - Exsas (18 November 2007)

Exsas - Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS Pahang

Kejohanan Ragbi MSSM KRM MILO bawah 15 tahun 2007 - Exsas (18 November 2007)

E-mail Print PDF

 

SEMSAS EAGLES di Kejohanan Ragbi MSSM

 

KRM MILO bawah 15 tahun 2007 ( Johor Baharu )

 

16 - 18 November 2007.

 

 

Pasukan ragbi bawah 15 SEMSAS mewakili negeri Pahang ke kejohanan tersebut yang akan diadakan pada sabtu dan ahad 17-18 november 2007 di Bandar Penawar, Kota Tinggi. Peringkat Kelayakan Negeri Pahang, SEMSAS berjaya mengatasi SBPI Kuantan di perlawanan akhir. SBPIK merupakan pasukan favourite.

Sedikit mengenai kejohanan ini. Dikenali sebagai KRM-MILO under 15, merupakan kejohanan paling berprestij untuk pelajar-pelajar lepasan PMR untuk merebut Piala Sulaiman Hj Daud.

2 pasukan dari setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak, terpilih mewakili negeri masing-masing. Beberapa pasukan dari Singapura, Thailand dan Sri Lanka juga dijemput menyertai kejohanan tersebut.

SEMSAS mempunyai rekod cemerlang bermula dari awal tahun 80-an. Setakat pengetahuan saya, SEMSAS beberapa kali menempatkan diri di perlawanan akhir, namun masih lagi gagal membawa pulang Piala tersebut. Antara tahun SEMSAS berada di final 1989, 1994 dan 1996 (perlukan detail).

Untuk tahun in, anak buah jurulatih En.Zulkizan akan menyahut cabaran di kejohanan tersebut dan diharap SEMSAS akan bertemu kegemilangan.


Selamat maju jaya SEMSAS. Teruskan berjuang.

y i e n (selepas perbualan dengan En.Zulkizan melalui telefon)

 

 

Maklumat yang baru diterima melalui SMS pada jam 2133 ( 18 November 2007 ), pasukan Semsas Eagles kecundang di peringkat Suku Akhir Kategori Bowl secara 'Sundden Death' kepada Semsera, Perlis.

 

Teruskan perjuangan adik-adik sekalian pada kejohanan yang akan datang. Pasti suatu hari nanti, Semsas akan muncul kembali sebagai salah sebuah pasukan yang disegani seperti suatu masa dahulu.

 

Admin

 

Last Updated ( Friday, 13 August 2010 11:07 )  

Log In

exsas help desk