You are here: Home Networking

Exsas - Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS Pahang

Exsas Latest News

Jamuan Makan Malam EXSAS & AKSHAH 6 Feb 2010

E-mail Print PDF

 

Majlis Jamuan Makan Malam EXSAS dan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Sultan Haji Ahmad Shah (AKSHAH) 2010 merupakan acara dwi-tahunan gilang gemilang anjuran Exsas kembali lagi!
 
Tarikh    : 6 Februari 2010
Jam       : 8.00 malam 
Tempat  : Dewan Perbadanan Putrajaya, Putrajaya
Pakaian   : Kemeja Exsas  / Batik

Seperti tradisi Majlis Jamuan Makan Malam dan AKSHAH terdahulu, pihak jawatankuasa EXSAS 2008/2010 telah menjemput KDYMM Sultan Pahang untuk mencemar duli menjadi penaung AKSHAH dan seterusnya berangkat menghadiri majlis santapan di atas.

Last Updated ( Monday, 26 October 2009 14:39 ) Read more...
 

EXSAS Homecoming 27-28 Jun 2009

E-mail Print PDF

Minggu Homecoming – Sirih Pulang Ke Gagang 2009
27 – 28 Jun 2009

Pengenalan

• Diantara aktiviti terpenting EXSAS sesuai dengan hasrat persatuan untuk memainkan peranan utama dalam peningkatan kepimpinan, ilmu dan pengalaman pelajar SEMSAS.
• Minggu perkongsian ilmu dan pengalaman sesama sendiri dan juga dengan pelajar SEMSAS.
• Platform untuk ahli kembali ke SEMSAS.

Last Updated ( Monday, 26 October 2009 14:29 ) Read more...
 

Keputusan Kejohanan Golf Jemputan Exsas, 2009

E-mail Print PDF

Kejohanan Golf Jemputan Exsas, 2009 telah berlansung dengan jaya dan meriah pada 12 Mac 2009.  Kita telah berjaya mendapat penyertaan sebanyak 12 flight yang disertai oleh Exsas dan rakan-rakan bukan Exsas. Seramai 46 peserta hadir dan kami berjaya mengumpulkan RM10.5 ribu hasil kutipan dr penaja-penaja dan penyertaan pemain.

Tee-off telah bermula tepat jam 8 pagi selepas sarapan pagi dan berakhir jam 1 petang. Para peserta seterusnya disajikan dgn makan tengahari dan majlis penyampaian hadiah serta cabutan nombor bertuah. Gambar-gambar flight yang diambil oleh jurugambar professional Exsas, Aminor, turut diberikan sbg komplimen kepada setiap pemain pada pengakhir majlis.

Keputusan pemenang seperti di bawah.

Saya bagi pihak komiti kejohanan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang terlibat, mereka yang telah menaja dan yang membantu mendapatkan penaja2.

 Kami juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang kejohanan memandangkan ini adalah kali pertama kami menganjurkan kejohanan sebegini ditambah dengan kurangnya ilmu dalam sukan berprestij ini (tidak termasuk Presiden & Pengurus Kejohanan). Namun kami mengambil ia sebagai sesuatu yang baru untuk dipelajari dan diperbaiki pada kejohanan yang akan datang, Insyallah.
  

Members

 PlacingName  Score Handicap
 1.Baharom Omar  39 7
 2. Azman Idris 38 (OCB) 11
 3.Yusof Abd Latiff 38 (OCB) 15
 4.Iskandar Md Yusof 37 (OCB) 12
 5.Rahman Mohd Nor 37 (OCB) 13
 6.Mohd Fathullah Mohd Yusuf 37 (OCB) 16
 7.Sharuddin Simin 36 (OCB) 15
 8.Mohd Mazlan Abd Razak 36 (OCB) 17
 9.Bazlan Hj. Abd Rahman 36 (OCB) 21
 10.Dato' Ir. Muhammad Imran 35 14

 

 

 

 

 

 

 

 

Note : OCB = On Count Back; lower handicap gets higher placing

 


Novelty

Longest Drive - Wan Husni Wan Affendi   (245m)

Nearest To Pin - Mohd Fathullah Mohd Yusuf  (0.78m)

Nearest To Line - Ismail Abdullah   (1.86m)

********************************************************************

Hubungi Aminor @ 012-214 7681 untuk tempahan gambar kejohanan.


Laporan disediakan oleh :

Azlina Othman
Publisiti & Pendaftaran
Kejohanan Golf Jemputan Exsas, 2009

Last Updated ( Monday, 26 October 2009 14:55 )
 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  Next 
  •  End 
  • »
Page 1 of 2

Become a Member

EXSAS membership is opened to all ex-students of Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS), previously known as Sekolah Menengah Sains Pahang (SMSP). Are you an ex-student of SEMSAS..? Join us today.

Click here to Join Us

Contact Us

Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS.
Suite 11-1, Jalan 9/23E, Taman Danau Kota,
53300 Kuala Lumpur.

Fax: +603-4143 0820
E-mail:

admin@exsas.com.my

Bank : Maybank Berhad
Acc No : 5623 5750 2760