KEAHLIAN EXSAS
Penubuhan EXSAS pada tahun 1998 adalah bertujuan untuk mengumpulkan kembali seluruh warga bekas keluarga SEMSAS, sama-sama mengeratkan silaturrahim, bertukar-tukar fikiran, membantu ahli dan juga pelajar serta sekolah kearah kecemerlangan.

Keahlian Exsas adalah terbuka kepada semua bekas pelajar, Guru dan Pekerja yang pernah menjadi keluarga (walaupun sehari) Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS) atau dahulu dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Pahang (SMSP) semenjak ianya bermula pada tahun 1973 di Temerloh, Pahang.
Yuran keahlian adalah RM200 untuk Ahli Seumur Hidup. Walau bagaimanapun, anda masih boleh menjadi ahli berdaftar dengan bayaran hanya RM50 sebagai ahli biasa. Yuran boleh ditambah dari masa ke semasa sehingga mencecah RM200 yang boleh dibuat pada bila-bila masa apabila bersedia. Harap maklum bahawa tiada paksaan untuk anda menjadi Ahli Seumur Hidup pada satu-satu masa.
Pembayaran boleh dibuat dengan melakukan transaksi atas nama:
PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEMSAS (EXSAS)
Maybank Kelana Jaya : 5623 5750 2760
Bukti pembayaran hendaklah difaxkan ke 03-5511 1753 berserta nama penuh & no. telefon, untuk pengesahan dan pengaktifan keahlian.