|
Exsas Homecoming '08
21hb. Jun, 2008
Laporan EXSAS Homecoming 2008
1. Pendahuluan
Pada 21 Jun 2008 (Sabtu), telah berlangsung acara Homecoming 2008
bertempat di SEMSAS.
Selain dibuka meja pendaftaran ahli-ahli baru atau
hali-ahli yang ingin menambah yuran keahlian, meja jualan barangan (merchandise)
baru EXSAS juga telah dibuka.
2. Acara-acara terlibat
a) Sembang Perdana – perbincangan berbentuk forum ini membincangkan ciri-ciri
dan kaedah yang diperlukan untuk membentuk kepimpinan yang efektif.
Pengerusi -
Anuar Alawiyah Othman (SPM 1986).
Panel - YH Dato' Muhammad Imran Baharuddin (SPM
1978)
Tuan Hj Nordin (SPM 1978)
Tuan Hj Nik Malek Nik Amin (SPM 1975)
b) Sembang Berfokus – pecahan mengikut Tingkatan. Bagi Tingkatan 5, tumpuan
lebih kepada perancangan masa hadapan apabila meninggalkan SEMSAS.
c) Asrama Terbuka / Spot Check– pemilihan Dorm Ceria mengikut blok-blok kediaman
pelajar diadakan tanpa pengetahuan pelajar. Berjalan serentak dengan Program
Sembang Berfokus
d) Inilah Sekolahku – acara bagi menjalinkan kemesraan antara EXSAS dan pelajar
yang disusun sepenuhnya oleh guru SEMSAS. Peserta telah dibahagikan kepada 15
kumpulan. Mereka perlu menjawab beberapa soalan berkenaan SEMSAS. Setiap
kumpulan diketuai oleh seorang ahli EXSAS dan diakhir acara setiap kumpulan
perlu membuat "cheer" di hadapan semua hadirin .
e) Solat Maghrib Berjemaah, Ceramah "Kepimpinan Dalam Islam" oleh Sdr Shukri
Hassan (SPM 1983) seterusnya Solat Isyak Berjemaah
f) Formal Dinner (Hightable) dan Penyampaian Hadiah
g) Sesi Berbual Tidak Formal – bagi memberi peluang kepada para pelajar
berinteraksi sepenuhnya dengan ahli EXSAS. Kumpulan terakhir meninggalkan SEMSAS
sekitar pukul 1.00 pagi.
3. Kehadiran EXSAS
Pecahan mengikut batch adalah seperti berikut:
Batch Jumlah Batch Jumlah
1975 2 1986
7
1976 1 1987
6
1977 3 1988
1
1978 3 1989
1
1979 1 1990 5
1980 1 1991
2
1981 5 1992
2
1982 3 1993
1
1983 4 1994
1
1984 13 2004 2
Jumlah Keseluruhan: 64 orang.
4. Sumbangan/Perbelanj aaan - Program ini adalah satu program yang dibiayai
sendiri (self-funding) melalui sumbangan dan yuran kehadiran dan tidak
melibatkan kantung EXSAS.
5. Kesimpulan
Pada keseluruhannya, penganjuran kali ini mencapai objektif yang dikehendaki
terutamanya untuk mengeratkan hubungan di antara EXSAS, guru dan pelajar SEMSAS.
Disediakan oleh:
Naib Presiden II dan
Penolong Setiausaha
|