You are here: Home Exsas In The News Terowong SMART Sesak Sebab Banjir Kilat Di Ibu Kota - Utusan Malaysia (7 Jun 2007)

Exsas - Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS Pahang

Terowong SMART Sesak Sebab Banjir Kilat Di Ibu Kota - Utusan Malaysia (7 Jun 2007)

E-mail Print PDF

Terowong SMART sesak sebab banjir kilat di ibu kota

Utusan Malaysia - Forum - 7 Jun 2007

 

KAMI ingin mengucapkan terima kasih kepada Pemandu Rimas yang mengemukakan komen mengenai kejadian banjir kilat baru-baru ini bertajuk Terowong SMART gagal atasi kesesakan ibu kota pada 5 Jun 2007.

 

Pendapat dan cadangan orang ramai amat kami hargai sebagai maklum balas. Walau bagaimanapun, kami ingin memberi penjelasan ke atas komen yang telah dibuat oleh Pemandu Rimas serta memberitahu mengenai kejadian sebenar serta tindakan yang diambil semasa insiden berkenaan.

 

Hujan lebat yang agak luar biasa (453mm jika dibandingkan pada kadar normal 100mm) yang turun pada lewat petang Ahad 3 Jun telah mengakibatkan kejadian banjir kilat di ibu kota termasuk di Jalan Tun Razak. Underpass Jalan Tun Razak yang berada kira-kira 100 meter dari terowong SMART telah ditenggelami air. Pada jam 6.45 petang, keadaan trafik di Jalan Tun Razak mula sesak, mengakibatkan kenderaan bergerak perlahan di dalam terowong SMART.

 

Kesesakan

 

Pusat kawalan SMART mula memaparkan amaran mengenai kesesakan ini di papan elektronik VMS (Variable Message Sign) di jalan masuk dan di dalam Terowong SMART menghala ke Kuala Lumpur. Tindakan sejurusnya merupakan peronda SMART telah melencongkan trafik dari masuk ke underpass DBKL berkenaan ke jalan permukaan.

 

Pihak DBKL telah dimaklumkan dan tiba pada jam 7.33 malam untuk memulakan operasi mengepam air keluar dari underpass tersebut. Polis Trafik juga telah dimaklumkan untuk membantu menyeliakan trafik di lokasi. Trafik mula kembali normal pada jam 8.20 malam.

 

Kami bersimpati kepada mereka yang terlibat di dalam kejadian kesesakan berikut. Kami ingin memberi jaminan bahawa kami sentiasa berada di dalam keadaan berjaga-jaga, 24 jam sehari. Pusat kawalan SMART sentiasa memantau keadaan di dalam terowong SMART dan akan serta- merta diberitahu apabila berlaku sebarang kejadian. Tambahan pula, SMART mempunyai prosedur operasi yang mantap untuk sebarang keadaan kecemasan.

 

Akhir sekali, kami juga ingin memaklumkan bahawa buat masa ini cuma lLebuh Raya SMART sahaja yang telah mula beroperasi. Terowong banjir akan diserahkan kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada bulan Julai 2007. Pengurusan dan operasi terowong banjir ini akan berada di bawah bidang kuasa JPS.

 

MOHD FUAD KAMAL ARIFFIN,
Pengurus Besar Operasi,
Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn. Bhd.

Last Updated ( Wednesday, 14 April 2010 08:44 )  

Log In

exsas help desk