You are here: Home Exsas In The News Rahimi Harun (75-78) Duta Malaysia Ke Korea Utara - Utusan Malaysia (17 Julai 2008)

Exsas - Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS Pahang

Rahimi Harun (75-78) Duta Malaysia Ke Korea Utara - Utusan Malaysia (17 Julai 2008)

E-mail Print PDF

Utusan Online 17hb.Julai, 2008

 

Lapan Terima Watikah

 

KUALA LUMPUR 16 Julai - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada lapan Ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara di Istana Negara di sini.
 
Mereka ialah Datuk Gulam Hussein Gulam Haniff yang akan bertugas di Belgium, Dr. Fauziah Mohd. Taib (Belanda), Ibrahim Abdullah (Syria), Datuk Nafisah Mohamed (Mexico), Yean Yoke Heng (Cuba), Abdul Aziz Harun (Uzbekistan), Rahimi Harun (Korea Utara) dan Ahmad Izlan Idris (Peru). Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.
 
Istiadat itu turut dihadiri Timbalan Menteri Luar, Datuk Abdul Rahim Bakri dan Ketua Setiausaha kementerian itu Tan Sri Rastam Mohd. Isa.
 
Gulam Hussein, 53, pernah bertugas sebagai Ketua Canseri di Kedutaan Malaysia di Manila, Filipina pada 1982, Penasihat Kedutaan di Perutusan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat pada 1988 dan Duta Besar Malaysia ke Vienna, Austria pada 2000.
 
Dr. Fauziah, 53, pula pernah bertugas sebagai Setiausaha Kedua di Kedutaan Besar Malaysia di Brussels, Belgium pada 1988, Menteri Kedutaan di Kedutaan Besar Malaysia di Washington, Amerika Syarikat pada 1998 dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Fiji pada 2003.
 
Ibrahim, 50, pernah berkhidmat sebagai Penasihat Kedutaan di Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum, Sudan pada 1999, Timbalan Ketua Perwakilan di Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo, Jepun pada 2001 dan sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Abuja, Nigeria pada 2003.
 
Nafisah, 52, yang sebelum ini ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Suva, Fiji dari 2005 hingga Julai tahun ini, pernah bertugas sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, England pada 2001.
 
Yean, 48, pula pernah bertugas sebagai Penasihat Kedutaan di Perutusan Tetap Malaysia di PBB di New York, Amerika Syarikat pada 2002 dan Timbalan Ketua Pengarah di Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) di Kementerian Luar.
 
Abdul Aziz, 50, pernah menjadi Penasihat Kedutaan di Kedutaan Besar Malaysia di Buenos Aires, Argentina, sebelum dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Perwakilan di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Republik Indonesia.
 
Rahimi Harun, 46, pernah bertugas sebagai Setiausaha Bahagian Asia Tenggara dan Pasifik II pada 2006, manakala Ahmad Izlan, 50, pernah dilantik sebagai Menteri Penasihat di Kedutaan Besar Malaysia di Washington, Amerika Syarikat pada 2003.
Last Updated ( Wednesday, 14 April 2010 08:50 )  

Log In

exsas help desk