You are here: Home Exsas In The News Dayang Bida Kerja Perkhidmatan Bernilai RM900j - Utusan Malaysia (30 Julai 2008)

Exsas - Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS Pahang

Dayang Bida Kerja Perkhidmatan Bernilai RM900j - Utusan Malaysia (30 Julai 2008)

E-mail Print PDF

Utusan Online 30hb.Julai, 2008

 

KUALA LUMPUR 30 Julai – Penyedia perkhidmatan minyak dan gas huluan, Dayang Enterprise Holdings Bhd. membida kerja-kerja perkhidmatan berkaitan minyak dan gas di Malaysia bernilai RM900 juta daripada pelbagai syarikat minyak utama.
 
Syarikat itu dalam kenyataannya di sini berkata, pihaknya kini mempunyai kontrak dalam tangan sebanyak RM677 juta, yang bertahan sehingga 2012.
 
Dayang juga yakin mencatatkan kelebihan unjuran untung bersih 15 bulan sebanyak RM46 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2008. Untung bersih syarikat sehingga kini pada RM43.3 juta.
 
Pengarah Urusannya, Tengku Yusof Tengku Ahmad Shahruddin berkata, memandangkan tinjauan masa depan industri yang cerah, syarikat positif mencapai pertumbuhan seterusnya, dalam operasi dan kewangan.
 
Semasa memaklumkan kepada Bursa Malaysia, Dayang berkata, syarikat mencatatkan untung sebelum cukai sebanyak RM19.8 juta berdasarkan perolehan berjumlah RM41.6 juta bagi tempoh suku ketiga yang berakhir 30 Jun 2008.
 
Bagi suku berkenaan, operasi perkhidmatan penyenggaraan bahagian atas operasi luar pesisir, yang termasuk kerja pelaksanaan sangkutan dan perkhidmatan fabrikasi kecil terus menjadi penyumbang utama kepada syarikat, dengan menyumbang 81 peratus kepada perolehan dan 84.5 peratus dalam untung, katanya.

 

 

Last Updated ( Wednesday, 14 April 2010 08:47 )  

Log In

exsas help desk