Main menu

  Profile

  Membership

  Activity

  Foto/Video Gallery

  Business Directory

  Exsas@news

  Exsas Personality

  Forum

  SEMSAS

  Exsas Eagles

  Contact Us

 


  

   Ahli Sahaja

   

  

  

   daftar ahli baru


 

best view by

 

 

y

yahoogroups untuk

semua

bekas pelajar

semsas

 

 

 

 

AKTIVITI EXSAS SEPANJANG TAHUN

2003 HINGGA 2006

 

MESYUARAT AGUNG

Mesyuarat Agung Exsas 4, 2003 - 6 April, 2003 @ 11.00 pagi bertempat di Dewan Iqra’Semsas.

Mesyuarat Agong Exsas 5, 2004  - 15 Mei 2004 jam 3.00 petang di KGSS, Kota Damansara

Mesyuarat Agong Exsas 6, 2005 - 27 Februari 2005, jam 2.30 petang di KGSS, Kota Damansara

Mesyuarat Agong Exsas 7, 2006 - 4 Mac 2006, jam 10 pagi di SEMSAS

Mesyuarat Agong Exsas 8, 2007 - 8 April 2007 - Kelab Golf Kinrara, Puchong ( Laporan Aktiviti / Ucapan Presiden )

 

KEJOHANAN BOLING EXSAS

2003 – Bangsar Bowl, Bangsar Shopping Centre pada 20 Julai, 2003 dengan 72 peserta

2004 – Pyramid Mega Lanes, Sunway Pyramid pada 18 Julai 2004 dengan 104 peserta

2005 – Pyramid Mega Lanes, Sunway Pyramid pada 17 Julai 2005 dengan 140 peserta

2006 – Pyramid mega Lanes, Sunway Pyramid pada 2 Julai 2006 dengan 129 peserta

 

MAJLIS MAKAN MALAM & ANUGERAH KECEMERLANGAN SULTAN HJ. AHMAD SHAH (AKSHAH)

28 Disember, 2003 di Pan Pacific Hotel, Glenmarie, Shah Alam. 

KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah telah mencemar duli dan hadir ke majlis tersebut.  Selain jemputan dan kenamaan, majlis telah dihadiri oleh lebih 200 bekas pelajar termasuk pelajar-pelajar yang menerima anugerah kecemerlangan  bagi PMR dan SPM 2001 dan 2002

 

26 November 2005 di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur

dihadiri oleh seramai lebih kurang 500 orang yang terdiri daripada Dif Kehormat, Jemputan, Ahli Exsas, Bekas Guru, Guru dan Pelajar Semsas. DYMM telah mencemar duli hadir ke majlis ini bersama dengan Menteri Besar Pahang.

 

MAJLIS HI-TEA EXSAS

Kelab Golf Seri Selangor, Kota Damansara pada 6 Mac 2004

Kelab Golf Seri Selangor, Kota Damansara pada 27 Februari 2005

 

MAJLIS SIREH PULANG KE GAGANG – EXSAS HOMECOMING WEEK

18 September 2004 di Semsas dengan kehadiran lebih kurang 200 warga Exsas

4 dan 5 Mac 2005 – Majlis diadakan bersama AGM 7

 

PERTANDINGAN GOLF TERTUTUP EXSAS

Diadakan bersempena dengan AGM 5 (2004), AGM 6 (2005) dan AGM 7 (2006)

Exsas Golf Medal – UKM pada Julai 2004, 21 Mei 2006

 

PROGRAM PERSEDIAAN UNTUK MENGHADAPI TEMUDUGA

27 September, 2003 di Semsas oleh fasilitator dari Unit Biasiswa dan Kerjaya, Petronas

11 Oktober,  2004 di Semsas oleh Yayasan Telekom Malaysia

2005 – Tiada

22 September 2006 – Yayasan TNB

 

CERAMAH KESEDARAN DAN PERJUMPAAN DENGAN PELAJAR BERMASAALAH

Satu ceramah kesedaran dan perjumpaan dengan pelajar-pelajar yang bermasaalah dari tingkatan 1 hingga 5 bertujuan untuk meningkatkan disiplin dan jatidiri telah diadakan di Semsas pada 1 Ogos, 2003 pukul 8.00 malam dan 2 Ogos, 2003 pukul 9.00 pagi. Penceramah jemputan adalah Tuan Hj Razali Lajis, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, dari ‘Batch 75’ bersama dengan Exco Tertinggi Exsas.

 

PROGRAM MOTIVASI KEPADA PELAJAR- PELAJAR TINGKATAN 4, SEMSAS

Satu program motivasi bagi semua pelajar tingkatan 4 Semsas telah diadakan pada 2 September, 2003 di Semsas.  Fasilitator bagi program tersebut  adalah Timbalan Pengerusi Exsas iaitu  Prof. Dr. Arif Osman (77) dan dibantu oleh Nazri Ibrahim (83’).

 

SESSI ‘BRAINSTOMING’ EXSAS

Sessi tersebut telah diadakan pada 7 Februari 2004 dan 17 Julai 2004, bertempat di Bilik Mesyuarat SK Bandar Sunway dimana Guru Besar sekolah tersebut, Puan Naemah Ismail adalah dari Batch 79. Sessi tersebut telah menggariskan beberapa isu dan saranan bagi memantapkan lagi EXSAS.

 

LIGA FUTSAL ALUMNI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

2004 - Johan dengan mengalahkan juara bertahan SAHOCA

 

PROGRAM ZIARAH KELUARGA ALLAHYARHAM MEJAR ALIAS DI PEKAN

Satu lawatan yang diketuai oleh Sdr Althahir dan Sdr Harman telah menziarai kedua ibu bapa serta keluarga Allahyarham Mejar Alias yang meninggal dunia akibat dari kemalangan udara ketika sesi latihan penerbangan.

 

MAJLIS BERBUKA PUASA 2004

Diadakan pada  30 Oktober 2004 di Road House Grill, One Utama dengan kehadiran seramai 70 orang

 

PENERBITAN SURAH YASSIN

Satu program menerbitkan Surah Yassin bersempena dengan bulan Ramadhan 2005 telah diadakan oleh XSAS88 dengan kerjasama EXSAS. Sebanyak 500 naskah Surah Yassin telah dicetak dimana sebanyak 100 naskah telah didermakan kepada Surau SEMSAS manakala selebihnya diedarkan keseluruh surau-surau di Malaysia melalui ahli Exsas.

 

PENUBUHAN EXSAS EAGLES

Sebuah pasukan Ragbi Exsas yang terdiri daripada bekas pelajar semsas tahun 1995 hinggalah 2005 telah berjaya dtubuhkan dan diberi nama EXSAS EAGLES  dengan mendapat sokongan daripada seluruh ahli Exsas.

 

KEJOHANAN GOLF ALUMNI – SAHOCA

Kejohanan ini telah diadakan pada 5 Ogos 2006 di Impian golf dan country club, Kajang dan Exsas telah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada 4 orang pemain.

 

KEJOHANAN BOLING ALUMNI – Tunku Kurshiah College

Kejohanan yang buat julung kali diadakan oleh Alumni TKC pada 6 Ogos 2006 bertempat di Pyramid Megalanes dan Exsas telah menghantar 2 pasukan  yang terdiri daripada 4 orang sepasukan.

 

KEJOHANAN RAGBI LIGA ALUMNI 15 SEBELAH – ANSARA

Exsas Eagles yang diwakili oleh seramai 30 orang pemain telah mengesahkan penyertaan buat pertama kalinya. Kejohanan bermula 5 Ogos 2006 hingga September 2006

 

 

© 2006 EXSAS. Hakcipta Terpelihara.
Sebarang artikel dan komukasi di dalam laman web  ini tidak boleh diterbitkan semula tanpa kebenaran bertulis EXSAS. Semua mesej dan nukilan adalah hakmilik pengirimnya. EXSAS tidak bertanggungjawab terhadap kesulitan yang timbul berpunca daripada maklumat tersebut.

Laman web dibina dan diselenggara oleh eightyeightstudio.com dan teknikal oleh jengka.net