You are here: Home About Exsas Organization Background

Exsas - Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS Pahang

Organisation Background

E-mail Print PDF

PROFIL PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEMSAS PAHANG

 

 

No Pertubuhan : 240 Pahang

 

 

 

Nama

Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEMSAS /

EX-STUDENTS SEMSAS ASSOCIATION (EXSAS), Kuantan, Pahang Darul Makmur.

 

 

Tarikh Didaftarkan

27 Februari 1998

 

 

Matlamat / Tujuan

  • Untuk mengeratkan jalinan hubungan baik antara ahli terdiri daripada semua bekas pelajar SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH (SEMSAS).

  • Sebagai satu forum bagi ahli bertukar pendapat, berinteraksi, berkerjasama dalam bidang professional atau kerjaya dan membantu menaikkan imej ahli dalam memberi sumbangan dan khidmat kepada agama, negara dan masyarakat.

  • Untuk membekalkan penaja atau penganjur dalam hal yang berkaitan dengan pendidikan dan latihan akademik, menawarkan biasiswa, hadiah, anugerah dan derma kepada ahli dan pelajar SEMSAS untuk meneruskan pengajian di peringkat universiti atau institusi pengajian tinggi.

  • Untuk menggalakkan penyertaan ahli dalam semua aktiviti sukan, riadah, sosial, kebudayaan dan intelektual.

  • Membina dan menyelenggarakan mana-mana bangunan Pertubuhan.

  • Untuk melaburkan wang Pertubuhan dalam pembelian saham, hartanah, sekuriti dan lain-lain jenis pelaburan.

  • Untuk membekalkan khidmat perunding dan nasihat kepada SEMSAS, ahli-ahli Pertubuhan ini, kerajaan negeri dan masyarakat.

  • Untuk meminjam atau mengumpul wang menerusi kutipan derma atau tajaan untuk kegunaan dan tujuan Pertubuhan.

  • Untuk mengusahakan tabung amanah untuk mencapai matlamat Pertubuhan.

Keahlian

Keahlian terbuka kepada semua bekas pelajar SEMSAS atau sebelum daripada ini nama asalnya SEKOLAH MENENGAH SAINS PAHANG (SMSP) bermula daripada tahun 1973.

 

 

Alamat dan Tempat Urusan

Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah di Sek. Men. Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Km 12, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur atau ditempat-tempat yang akan ditetapkan dari masa kesemasa oleh Jawatankuasa dan alamat untuk surat menyurat ialah di Sekretariat EXSAS, Suite 11-1, Jalan 9/23E, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat-mesyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

 

 

Yuran

Yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut :

Yuran untuk menjadi ahli seumur hidup adalah sebanyak RM 200.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Ratus Sahaja )

 

Yuran boleh dijelaskan secara beransur-ansur kepada Bendahari tanpa had jumlah bayaran serta tanpa had tempoh sehingga mencapai status Ahli Seumur Hidup.

 

Bank

Maybank Cawangan Kelana Jaya

PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEMSAS

No Akaun : 5623 5750 2760

Last Updated ( Tuesday, 13 April 2010 15:32 )