PROFIL PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEMSAS PAHANG
No Pertubuhan : 240 Pahang
Nama
Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEMSAS /
EX-STUDENTS SEMSAS ASSOCIATION (EXSAS), Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Tarikh Didaftarkan
27 Februari 1998
Matlamat / Tujuan
Untuk mengeratkan jalinan hubungan baik antara ahli terdiri daripada semua bekas pelajar SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH (SEMSAS).
Sebagai satu forum bagi ahli bertukar pendapat, berinteraksi, berkerjasama dalam bidang professional atau kerjaya dan membantu menaikkan imej ahli dalam memberi sumbangan dan khidmat kepada agama, negara dan masyarakat.
Untuk membekalkan penaja atau penganjur dalam hal yang berkaitan dengan pendidikan dan latihan akademik, menawarkan biasiswa, hadiah, anugerah dan derma kepada ahli dan pelajar SEMSAS untuk meneruskan pengajian di peringkat universiti atau institusi pengajian tinggi.
Untuk menggalakkan penyertaan ahli dalam semua aktiviti sukan, riadah, sosial, kebudayaan dan intelektual.
Membina dan menyelenggarakan mana-mana bangunan Pertubuhan.
Untuk melaburkan wang Pertubuhan dalam pembelian saham, hartanah, sekuriti dan lain-lain jenis pelaburan.
Untuk membekalkan khidmat perunding dan nasihat kepada SEMSAS, ahli-ahli Pertubuhan ini, kerajaan negeri dan masyarakat.
Untuk meminjam atau mengumpul wang menerusi kutipan derma atau tajaan untuk kegunaan dan tujuan Pertubuhan.
Untuk mengusahakan tabung amanah untuk mencapai matlamat Pertubuhan.
Keahlian
Keahlian terbuka kepada semua bekas pelajar SEMSAS atau sebelum daripada ini nama asalnya SEKOLAH MENENGAH SAINS PAHANG (SMSP) bermula daripada tahun 1973.
Alamat dan Tempat Urusan
Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah di Sek. Men. Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Km 12, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur atau ditempat-tempat yang akan ditetapkan dari masa kesemasa oleh Jawatankuasa dan alamat untuk surat menyurat ialah di Sekretariat EXSAS, Suite 11-1, Jalan 9/23E, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat-mesyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
Yuran
Yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut :
Yuran untuk menjadi ahli seumur hidup adalah sebanyak RM 200.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Ratus Sahaja )
Yuran boleh dijelaskan secara beransur-ansur kepada Bendahari tanpa had jumlah bayaran serta tanpa had tempoh sehingga mencapai status Ahli Seumur Hidup.
Bank
Maybank Cawangan Kelana Jaya
PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEMSAS
No Akaun : 5623 5750 2760
About Exsas


EXSAS membership is opened to all ex-students of Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS), previously known as Sekolah Menengah Sains Pahang (SMSP). Are you an ex-student of SEMSAS..? Join us today.
Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS.
